Sunday, June 19, 2011

Father's Day







Hari ini 19 Jun adalah Hari Bapa. Selepas penat menyelesaikan kuliah OUM selama 4 jam saya pulang ke rumah. Di rumah disambut oleh family dengan makan tengahari dan kek sempena Hari Bapa. Seronok rasanya, lupa penat dan lemah badan kerana kurang sihat.















*** Teringat arwah ayah

Cuti Persekolahan Jun 2011













Pada cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga telah menghadiri perkahwinan adik ke 3 saya Azlan yang mana berlangsung di Kuala Berang, Trengganu. Kemudian pada minggu berikutnya berlangsung di Segamat, Johor. Pada kesempatan tersebut kami sekeluarga mengambil peluang untuk pergi ke Kelantan (Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh), Trengganu ( Kampung Losong, Pasar Payang), Pahang, Kuantan (Bukit Gambang). Dalam erti kata yang lain telah lengkap negeri pantai timur dijelajah. Walaupun penat namun memuaskan hati.

MAEPS Serdang







Pada 14 Jun yang lalu merupakan hari yang menggembirakan saya kerana saya telah menghadiri Majlis APC buat kali keduanya. Kali pertama adalah pada tahun 2002 semasa itu di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada skim DG yang dilangsungkan di Politeknik Ungku Omar. Kali ini di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada skim DH. Majlis ini diadakan di MAEPS Serdang dan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Walaupun kurang sihat namun cukup mengembirakan.

Thursday, June 2, 2011

Senyum sokmo

Hari ini kami sekeluarga akan ke Kuala Berang untuk menghadiri majlis pernikahan adik ketiga saya di Kampung Kemat Tersat, Kuala Berang. Kami akan bertolak pada pukul 4 ke LCCT dan flight ke Kuala Terengganu pukul 8.05 malam dan dijangka sampai 8.55 malam. Majlis pernikahan dijangkakan pada hair Sabtu pukul 10.00 pagi di masjid dan majlis persandingan pada pukul 2.00 petang.

Hari Gawai



1 dan 2 Jun merupakan Hari Gawai disambut di negeri Sarawak. Apa yang dapat dilihat sempena Hari GAwai adalah keperluan buluh untuk membuat manok pansoh. Ianya adalah nasi dan ayam dimasak di dalam buluh. Palau adalah perkataan iban yang bermaksud mabuk. Biasanya Hari Gawai dikaitkan dengan meminum tuak akhirnya palau.... TApi pada masa ini jarang berlaku palau kerana kesihatan diutamakan.