Wednesday, November 25, 2009

Penyampaian hadiah


Hari ini awal pagi anak-anak dah bangun. Tujuan utama untuk pergi ke majlis penyampaian hadiah kanak-kanak tadika KEMAS zon 5 Kuching di JAKIM Sarawak. Pada majlis ni Baby dan kawan-kawan menyanyi lagu Assallamualikum tanpa minus one. Mereka kelihatan gembira. Baby pulang membawa hamper dan alat tulis. Tak perlulah ayah membelinya. Tahniah buat Jazmina
** Bertuah dua kali majlis Baby

Tuesday, November 24, 2009

Happy Birthday Dina


Tanggal 24 November 2000 adalah merupakan hari yang amat mengembirakan kami sekeluarga. Lahirlah anak pertama kami yang diberi nama Irdina Nazirah. Hari ini Dina bertanya berapa tahun umurnya. Saya kata mudah sahaja nak tahu umur Dina tengok tahun, kalau tahun 2009 maka umur 9 tahun la... Tak sangka dah besar dia. Semoga Dina akan membesar dan berjaya dalam hidupnya.

Monday, November 23, 2009

Kreativiti







Setiap hujung semester pelajar semester akhir akan sibuk dengan persediaan pembentangan projek akhir. Tahniah diucapkan kepada mereka yang menganjurkan aktiviti pameran dan pembentangan projek akhir pelajar. Pelbagai produk cuba disajikan oleh pelajar. Kreativiti pelajar cuba ditonjolkan. Antara projek pelajar yang dapat dilihat pada hari tersebut ialah Akuarium yang diperbuat dari peti televisyen dan CPU, mesin pemampat tin minuman, mesin pencuci pinggan, pengecas handphone menggunakan tenaga angin dan lain-lain lagi. Ini adalah langkah awal untuk memupuk minat pelajar untuk menjadi pereka produk dan buka sekadar sebagai pengguna sahaja. Semoga negara kita akan lahir lebih ramai pereka-pereka yang berjaya.

Majlis perpisahan


Jumaat lepas, 21 November 2009 merupakan hari terakhir anak saya, baby bersekolah di Tadika Kemas Politeknik. Jamuan perpisahan telah diadakan oleh cikgunya. Bagi mereka perpisahan tidak ada membawa erti apa-apa pada mereka. Mengapa? Kerana mereka terlalu muda untuk memahaminya. Dalam sibuk dengan majlis perpisahan itu sempat mereka berlari-lari dan tidak hiraukan apa yang berlaku.

Monday, November 16, 2009

Haji




Sabtu yang lalu satu majlis doa selamat telah diadakan untuk mendoakan keberangkatan bapa mertua saya, Hj Ismail dan anaknya Ismahani ke tanah suci mekah. Ianya untuk menunaikan rukun islam yang ke lima yang diidamkan oleh kita semua. Bukan gelaran yang dikejar tetapi haji mabrur yang kita inginkan. Semoga mereka berdua akan mendapat haji yang mabrur.






Sunday, November 15, 2009

Mini Konvokesyen




Sesuatu kemudahan itu disediakan untuk memudahkan orang ramai menganjurkan sesuatu majlis. Borneo Convention Center adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk membolehkan penganjuran majlis. Anak saya amat bertuah kerana majlis mini konvokesyennya telah diadakan di sana. Seawal jam 7 pagi kami sekeluarga telah berada di sana. Anak saya baby amat teruja untuk berada di sana. Dalam pada itu baby juga pandai nervous, tak tahu macamana hendak naik ke pentas. Bila tiba gilirannya segala berjalan dengan lancar. Baby asyik mengingatkan baris ayat yang perlu diucapkannya iaitu " Terima kasih YB". Semoga ini adalah langkah pertama baby dalam mangapai kejayaannya kelak.




** Tak berpeluang Sekolah Tadika...Dulu suka duduk bawah ketiak mak.

Saturday, November 7, 2009

Pengkalan Sapi











Hujung minggu biasanya masa dihabiskan bersiar-siar dengan keluarga. Hari ini kami sempat menjengok Pengkalan Sapi. Apa yang menarik di Pengkalan Sapi ini ialah tempat di mana kita boleh mengambil penambang untuk ke seberang (40 sen tambang), juga ada bangunan DUN dan Astana TYT Sarawak. Di sini juga kelihatan pelancung dari dalam dan luar negara bergambar untuk kenang kenangan. Baby sempat menegur...ayah sitok (sini) cerita Sayang berlakon... Sayang We Can Dance kata Dina... Suasana di sini agak tenteram. Merupakan seberang bandar Kuching. Jangan lupa berkunjung kalau ke Kuching.



*** Pengkalan Sapi tapi tak ada sapi (lembu)

Ulangtahun Perkahwinan ke 10







Seperti tak percaya telah 10 tahun berlalu, masa telah berlalu begitu pantas. Tanggal 7 November 1999 merupakan tarikh bersejarah. Kini usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Suka duka diharungi bersama. Dua cahaya mata kami Dina, 9 tahun dan Baby, 6 tahun menyerikan hidup kami. Semoga ikatan ini akan berkekalan selamanya. Amin