Monday, September 17, 2018

Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri

Pada 9 September 2018 telah berlangsung Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri yang berlangsung di Kampung Lembah Hijau.

Program ini bermula dengan mesyuarat bersama JK Pelaksana di Kolej Komuniti Miri pada 29Ogos 2018

Kemudian Perasmian program di UNIMAS Kuching oleh Ketua Menteri Sarawak dan dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia. Satu sesi bersama Menteri Pendidikan Malaysia telah diadakan di bilik Seringit UNIMAS sebelum upacara perasmian.


Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri pada 9 September 2018 telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Miri iaitu Puan Sherrina Bt Hussaini




Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya:
1. Kenduri Rakyat
2. Pembinaan Taman Herba 
3. Gotong Royong
4. Kelas Bimbingan UPSR
5. Kursus Pendek kepada penduduk Kampung
6. Pemeriksaan Kesihatan oleh KOSPEN



Seramai 100 siswa dan siswi dari Kolej Komuniti Miri, IKBN, IPG Miri telah terlibat semasa program.








Program ini sangat baik dalam mengujudkan semangat kesukarelawan dan merapatkan hubungan di antara pelajar dan masyarakat.


Video pelaksanaan program boleh juga dicapai di https://youtu.be/uShA1y07CyM

Semoga program ini memberi manafaat kepada semua.


No comments:

Post a Comment