Sunday, September 19, 2010

Memori Aidilfitri 2010





























Tahun ini giliran beraya di kampung isteri. Dua hari sebelum raya kami telah bertolak ke Bintulu iaitu hari Rabu. Kami bertolak agak awal iaitu lebih kurang jam 6.30 pagi. Kami sampai ke Sibu pukul 12 lalu ( kalau orang semenanjung kata jam 12 lebih). Sampai di Sibu kami sempat singgah di Wisma Sanyan (Parkson tengok-tengok kalau ada yang boleh dibeli). Kemudian selepas 2 jam kami sambung perjalanan sejauh 220 km ke Bintulu. Kami sampai ke Bintulu dalam pukul 5 lalu. Hari raya pertama kami beraya di Bintulu, sembahyang sunat raya dan beraya di stesen minyak macam selalunya. Hari raya ke-2 kami bertolak ke Sibu dalam jam 9 pagi dan sampai dalam jam 12. Kami pergi ke kampung hilir di mana di sana kami pergi ke rumah nenek isteri beraya dan ada sesi bergambar beramai-ramai. Pada sebelah petang kami menghadiri makan 7 (kenduri arwah isteri anjang Daud pakcik isteri, 7 hari selepas meninggal). Kemudian kami meneruskan beraya lagi. Hari Ke-3 kami menyambung beraya dan pada sebelah tengahari ada makan hol nenek isteri (kenduri arwah bapak kepada bapak mertua saya). Hari raya ke-4 sebelah tengahri kami bertolak pulang ke Kuching. Jam 12.30 kami bertolak dan sampai lebih kurang pukul 6 petang.. letih tak terkira 400 km memandu. Kemudian beberapa hari raya kami beraya di rumah-rumah pakcik isteri, saudara mara, rakan-rakan.. Hari raya ke 9 (18 Sept Sabtu) kami buat open house... tak kering tangan dibuatnya .. dari pukul 11.30 pagi sampailah 6.00 petang...ramai yang datang..lebih 100 orang... seronok tapi letih. Hari raya ke10 kami pergi ke rumah nenek saudara isteri.. penutup lah nampaknya.. kesimpulannya tahun ini 10 hari saya berbaju melayu... kalau kat kampung sendiri ... segamat raya ke-2 dah pakai baju biasa... rasa seronok berbaju melayu....


*** Terkenang mak dan adik-adik di kampung

Sunday, September 5, 2010

Bertung tong







Ia adalah istilah di mana pelita dipasang untuk menerangi kawasan sekeliling rumah. Tahun ini diadakan pertandingan bertung tong di kampung kampung melayu anjuran DBKU. Agak terang rumah yang menyertainya. Buka sekadar pelita lampu kelip kelip pun ada. Seronok berjalan di malam hari melihat pesta cahaya.




** Susah nak beli minyak tanah

Wednesday, September 1, 2010

Bungapi




Hari ini sudah 22 Ramadhan. Baby dan Dina sudah mula berminat untuk bermain bungapi. Tidak terasa bahawa telah lebih seminggu kita berpuasa. Ini bermakna Hari Raya hampir tiba. Apa yang menarik ialah hari ini kakitangan kerjaan menerima bantuan RM 500. Jadilah daripada tak ada langsung. Tahun ini kami sekeluarga berhari raya di Bintulu, Sibu dan Kuching tidak balik beraya di Johor. Begitulah hidup bila sudah berkeluarga ikut giliran. Semoga hari raya tahun ini meriah walaupun jauh di sudut hati teringat ayah yang telah tiada. Semoga ayah dirahmati allah selalu. Kami sekeluarga akan meninggalkan bandaraya Kuching pada 8 September untuk menuju ke Bintulu yang mana perjalanan yang memakan masa 8 jam. Mungkin brtolak selewat-lewatnya 7 pagi dan akan sampai Sibu jam 12 tengahari dan meneruskan perjalanan ke Bintulu dan akan tiba selewat-lewatnya jam 4 petang. Jarak perjalanan lebih kurang 680 km. Hari Raya pertama akan berada di Bintulu, Raya ke 2 ke Sibu.


** Masih menunggu baju melayu siap dijahit