Monday, August 22, 2011

Projek pelajar










Hari ini adalah hari pembentangan projek akhir pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Pembentangan ini adalah untuk 50% progress. Saya sebagai Ketua Program melihat pembentangan pelajar agak terlalu bersederhana dan tiada satu pun yang boleh memberi impak yang besar. Ada di antara projek tersebut yang tak sampai pun 50% progress. Dari segi "finishing" amat tidak memuaskan, mutu kimpalannya tidak mencerminkan pelajar semester akhir. Bukan mudah untuk mencipta kalau sekadar mempunyai idea.

Perkara yang paling penting kita fokuskan ialah CIPP.

C-Content

I-Input

P-Process

P-Product


Maka kita perlu mengodam maklumat serta pengetahuan barulah kita boleh menghasilkan produk yang baik.

Setiap kenyataan perlu disandarkan kepada sesuatu sebagi contoh masalah kajian ikan dijemur memerlukan masa mungkin 1 atau 2 hari..... sunny day...suhu 26-30 darjah celsius sedangkan suhu bilik sahaja sudah 27 darjah celcius. Maka setiap fakta perlu bersandarkan kepada sumebr mana.


*** Rakyat Malaysia pengguna yang baik tapi adakah kita juga pencipta yang baik??

Sunday, August 21, 2011

Serikin







Pada hari Sabtu yang lepas saya dan isteri awal pagi telah bertolak ke Serikin. Seperti biasa kami pergi awal supaya tidak terlalu panas semasa berjalan nanti. Kami sampai Serikin pada pukul 8.30 pagi. Agak ramai juga pengunjung walaupun di bulan Ramadan. Tujuan utama adalah untuk membeli telekung, kain pelikat, alas meja/runner, bekas kuih muih. Puas menawar harga dengan peniaga yang rata-rata datang dari Indonesia. Hampir pukul 12 barulah kami pulang. Sudah agak panas masa tu. Penat juga berjalan tapi berbaloi juga kalau kain pelikat cap Gajah Duduk dapat RM15 sehelai..kalau dibeli di bandar sudah tentu RM20+++. Telekung juga cantik berbaloi dengan harganya. Begitu juga dengan alas meja cuma RM 10 sahaja. Bagi mereka yang berminat, jaket BOSS cuma RM 48 jika kita beli di bandar sudah tentu mencecah RM100. Serikin merupakan tumpuan mereka yang datang dari Semenanjung.


*** Jarang ke Serikin setahun 2 kali pun susah

Tuesday, August 16, 2011

Bonus

Aidilfitri tahun ini kelihatan lebih meriah dengan adanya pengumuman bonus oleh PM kita. Bonus pun dah masuk, apa yang pentingnya ialah bagaimana kita membelanjakannya. Sudah tentu yang kita utamakan ialah pakaian baru untuk anak-anak dan juga menyediakan kuih muih dan juga hidangan yang akan kita hidangkan kepada tetamu kita nanti. Bagi mereka yang pulang jauh ke kampung seperti saya sudah tentulah belanja lebih diperlukan untuk perjalanan pulang nanti.

Juga jangan lupa tanggungjawab sisuami untuk menunaikan zakat fitrah. Itu perkara yang mesti dilaksanakan. Di corong radio kerap mengingatkan kita agar jangan lupa membayar zakat fitrah awal. Maka dengan adanya bonus ini bolehlah kita menunaikan zakat fitrah agar mereka yang memerlukan akan dapat merasa juga. Jadi sama-samalah kita beringat dalam membelanjakan bonus yang telah diberikan.

**** Teringin nak dapat bonus 2 bulan gaji

Monday, August 15, 2011

Waran udara pulang ke wilayah asal

Bagi mereka yang bertugas di Sabah dan Sarawak diberi kemudahan tambang pulang ke wilayah asal setiap tahun. Sebelum ini kemudahan tersebut 2 tahun sekali. Apa yang menjadi igauannya ialah apabila dikatakan bahawa budget tambang di bawah "head" yang sama dengan bayaran bonus. Hari ini sudah 16 Ogos 2011, bermakna tinggal 12 hari sebelum cadangan pulang ke wilayah asal namun belum ada khabar berita berkenaan waran tersebut. Borang telah diisi bulan Mac yang lepas. Apabila ditanya peruntukkan dah habis kena tunggu peruntukkan baru. Tiba peruntukkan kena bayar bonus pulak. Sepatutnya pihak pengurusan memaklumkan awal akan tiadanya budget agar dapat diusahakan untuk membeli tiket tambang murah. Pada masa ini semua yang murah telah mahal. Tak berbaloi untuk dibeli. Apa kesudahannya ... Adakah mereka yang menguruskannya tak layak kerana anak tempatan membuatkan kami yang berhak merana...satu isu yang agak sensitif. Anak pula asyik bertanya bila nak pegi rumah atok mak? Nampaknya terpaksalah saya mohon penjelasan mereka yang bertanggungjawab esok. Kalau waran ada...persoalannya masih adakah tiket??? Laluan MAS pula tak ada ke JB....terpaksa transit ke KL dulu...bahana wujudnya firefly...mengambil alih laluan MAS.
Apapun semoga ada waran ...kalau tidak terpaksa ke plan B. Raya di Bintulu atau Sibu gamaknya...

*** Terima kasih Pak Lah bagi tiket sekali setahun

Wednesday, August 3, 2011

Info Ramadhan

Sejarah Ramadhan

1) Ramadan: ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhaan)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan dinaungi Ramadhaan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi /buka peluang perbanyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhann
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhaan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamullail walaupun pendek
10) Sahur di akhir waktu
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi unsur naikkan nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Qursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalzalah
- Baca surah Al Kaafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran - Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan-amalan yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhaan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka
Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita


Takbir Di Malam Raya

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya digali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhaan yang akan datang.

Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyak ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll).
[Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".]

InsyaAllah cuba amalkan.
Wallaahua'llam.

Butter Golden Chern






Setiap kali Hari Raya sudah tentu kek lapis Sarawak menjadi pilihan utama untuk hidangan di Hari Raya. Harganya bukannya murah malahan sebiji kek mampu melebihi RM100. Kalau dilihat dari segi proses membuatnya yang agak rumit sudah tentu harga tersebut amat sesuai.



Jikalau dahulu setiap kali promosi jualan kek lapis terus menjadi tarikan. Kak Lapis ini menggunakan Golden Chern..... tapi kini kalau berterusan begini tidak laku lah gamaknya. Beberapa hari ini menjadi topik utama kerana butter Golden Chern mengandungi BABI... oleh itu juga disarankan peralatan memasak kek menggunakan butter tersebut perlu disamak.


Moga pembuat kek lapis peka...



*** Dulu belajar buat kek guna majerin planta


Sekadar renungan

Di bulan Ramadhan yang mulia ini e-mail sering digunakan untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan puasa. Saya sempat membaca artikel yang dihantar oleh rakan iaitu berkaitan bulan Ramadahan.


Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Bulan Ramadhan




Hari ini telah masuk hari ke-4 puasa. Cuaca boleh dikatakan agak panas tetapi hari ini kelihatan mendung mungkin kerana hari semalam hujan telah turun seketika walaupun tidak lebat. Saya tertarik dengan istilah yang diberikan kepada Pasar Ramadhan = PARAM dan Bazar Ramadhan = BARAM. Walauapapun istilahnya ianya masih sama. Saya bercita-cita untuk mengurangkan pembaziran. Caranya mungkin kurang ke BARAM... tapi selalunya kami sekeluarga berminat untuk membeli kuih tradisional Sarawak yang disebut Bungko. Dibungkus didalam daun pisang isinya... cari lah sendiri. Tahun ini merupakan tahun pertama BABY berpuasa. Hari pertama cuma sampai pukul 5.30 petang. Hari Kedua dan ketiga sampai berbuka dia berpuasa. Mungkin hari pertama cuaca terlalu pans.


Saya tertarik dengan e-mail yang dihantar oleh rakan sepejabat berkenaan Al-Quran. Kita digalakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan.






Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.




Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.


Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442.


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.