Thursday, December 27, 2012
Ulangtahun kelahiran ke 9
27 Disember merupakan tarikh lahir bagi Jazmina Nazurah @ baby. Tahun 2012 genaplah umur baby 9 tahun. Tahun 2013 baby akan memasuki tahun 4. Tahun ini sambutan hari lahirnya diadakan di Betong. Namun begitu baby gembira kerana dapat hadiah bertemakan Hello Kitty termasuk kek yang ada patung kecil Hello Kitty. Baby lahir di hujung tahun yang mana masuk sekolah pada umur yang amat muda tak tahu baby untung atau rugi. Apa-apa pun diharapkan baby gembira.
Wednesday, December 12, 2012
Cuti sekolah 2012
Pada hujung November 2012, kami sekeluarga mengambil kesempatan bercuti. Cuti kami terbahagi 4 fasa. 3 malam pertama kami berada di KL jalan-jalan, kemudian 3 malam seterusnya kami ke Langkawi, fasa ke 3 kami balik kampung di Segamat dan pergi ke Legoland dan fasa ke 4 kami ke Sibu untuk menghadiri Hari Keluarga. Berjalan memang seronok tetapi selepas balik dari berjalan badan rasa sangat letih.
Monday, December 10, 2012
Hari Keluarga Hj. Muhammad Shamsuddin tahun 2012
Pada 7 Disember 2012 kami sekeluarga telah pergi ke Sibu untuk menghadiri Majlis Hari Keluarga Hj. Muhammad Shamsuddin. Pelbagai aktiviti telah dijalankan amtaranya bowling dan melukis pada malam 7 Disember 2012, ziarah kubur, kenduri arwah nenda Hudaidah, futsal dan makan malam pada 8 Disember 2012. Terdapat 8 keluarga yang menyertai antaranya keluarga JASA (Hafiz AF7 salah satu ahli keluarga), Keluarga Hudaidah (saya salah seorang ahlinya), keluarga Majidi ( ada penyanyi lama bintang RTM iaitu Kasim Majidi ahli keluarganya), Keluarga Hamdi (Dari Brunei) dll. Jumlah yang hadir lebih 400 orang yang diadakan di RH Hotel Sibu.
Banyak perkara menarik berlaku antaranya Baby Jazmina memenangi salah satu dari tiga grand prize cabutan bertuah, futsal memenangi tempat kedua yang mana saya juga mampu menghasilkan satu gol. Saya mengambil bahagian dalam acara bowling dimana berjaya menjatuhkan 264 pin bagi 3 game tak ada nombor pun dan juga futsal. Dina dan baby ambil bahagian dalan acara mewarna.
Dijangkakan tahun 2015 akan diadakan hari keluarga seterusnya. Keluarga Hudaidah (Huda) mengenakan warna kuning sebagai warna rasmi. Bertuah rasanya dapat menyertai majlis yang meriah ini.
*** Cuti sakan tahun ni
Saturday, November 10, 2012
Akhirnya...
Pada tahun ini 2012 iaitu pada tanggal 7 November 2012 merupakan Ulangtahun perkahwinan ke 13 dan pertama kalinya menyambut tanpa isteri disisi. Tiada sambutan cuma ingatan yang dikejauhan.
Hadiah yang bermakna muncul jua pada keesokan harinya iaitu pada 8 November 2012 permohonan perpindahan telah diluluskan. Efektif 1 Disember 2012 saya ditempatkan di Kolej Komuniti Cawangan Betong. Surat perpindahan belum terima tetapi status on line telah diterima. Macam Facebook pulak ada status. Apa pun syukur kerana dapat pindah bersama semula bersama ahli keluarga.
Hadiah yang bermakna muncul jua pada keesokan harinya iaitu pada 8 November 2012 permohonan perpindahan telah diluluskan. Efektif 1 Disember 2012 saya ditempatkan di Kolej Komuniti Cawangan Betong. Surat perpindahan belum terima tetapi status on line telah diterima. Macam Facebook pulak ada status. Apa pun syukur kerana dapat pindah bersama semula bersama ahli keluarga.
Tuesday, August 21, 2012
Aidilfitri 2012
Tahun genap 2012 merupakan giliran saya berhari raya di sebelah isteri. Tahun ini ada sedikit kelainan di mana jikalau dahulu dua atau tiga hari sebelum raya kami akan berkereta selama 8 jam ke Bintulu. Tahun ini kami bermula pada hari raya pertama dengan seawal pukul 6 pagi dari Betong ke Sibu (170 km) tiba di Sibu pukul 7.40 pagi dan terus sembahyang sunat Aidilfitri di masid jamek Sibu. Pada petang hari raya kedua kami sekeluarga bersama bapa mertua telah pergi ke Bintulu (220 km) ambil masa 3 jam memandu. Sesungguhnya memandu di Sarawak tidak seselesa seperti di Semenanjung Malaysia. Kami akan beraya di Bintulu sehingga hari Khamis dan pulang ke Betong, yang mana perjalanannya akan mengambil masa 5 jam lebih. Hari Jumaat pula kami akan ke Kuching (260 km) mengambil masa 3 jam setengah. Mungkin beraya ke rumah sanak saudara dan kawan-kawan.
Diharapkan keluarga di Segamat gembira di tahun ini. Tidak lupa ayahanda yang telah tiada doa sahaja yang dapat diberikan.
Saturday, June 2, 2012
Cuti sekolah
Cuti sekolah telah bermula. Memandangkan saya masih di Kuching belum dapat pindah maka anak-anak telah datang ke Kuching untuk bercuti. Al maklumlah di Bentong tidak seperti di Kuching yang lengkap dengan perkara yang diminati oleh anak-anak. Berita yang paling perit diterima adalah permohonan saya untuk berpindah gagal. Nampak gayanya hanya dapat memohon Oktober 2012 yang tarikh pindah Disember 2012. Terseksa nampak gayanya berpuasa seorang diri tahun ni. Tak tahulah... mesti ada hikmah disebaliknya.
Anak-anak sungguh gembira datang ke Kuching dan meminta bermacam-macam benda. Seronok mereka bila saya belikan Galaxy Tab. Harap cuti sekolah ini dapat menggembirakan mereka.
Monday, April 23, 2012
Kreativiti
Pada minggu lepas satu pembentangan projek akhir pelajar telah diadakan. Kali ini ada sedikit kelainan. Biasanya projek pelajar hanya berkisar kepada pembinaan mesin. Kali ini ada kajian berkaitan penggunaan kentang sebagai punca pembekal tenaga..telefon bimbit pun boleh dicas.
Ikan Lais
Kadangkala saya sendiri tertanya tanya adakah ikan di Sarawak ini sama atau tidak dengan di Segamat. Pada minggu lepas saya telah pergi ke Sibu untuk berjalan-jalan. Seperti biasa pada sebelah pagi kami akan ke Pasar Besar Sibu. Di pasar saya telah bertemu ikan sungai yang amat diminati oleh saya. Rupa-rupaya ikan baung dan ikan lais ada di Sibu dan namanya juga sama. Kalau mak ada sudah tentu dia pun seronok.
Monday, February 6, 2012
Damai Sentral
Kita biasa dengar KL Sentral. KL Sentral merupakan pusat perkhidmatan rel yang terletak di Kuala Lumpur. Baru-baru ini kami telah berjalan-jalan ke Damai Sentral. Ianya terletak di Damai, Santubong berdekatan dengan Taman Budaya Sarawak dan berhampiran dengan Gunung Santubong...boleh kata di kaki Gunung Santubong. Ia merupakan tarikan baru untuk pelancongan. Apa yang menarik di sini ada replika burung seperti yang dapat dilihat di Pulau Langkawi. Di Damai Sentral kita dapat melihat pemandangan laut dan juga gunung. Indah bumi ciptaan ALLAH. Terdapat satu lagi lokasi baru yang dibuka baru-baru ini iaitu Kuching Sentral yang mana ianya merupakan pusat Bas Ekspress antara bandar yang mana ianya juga dilengkapi dengan supermarket, tempat makan dan ianya juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Subscribe to:
Posts (Atom)