Thursday, March 27, 2014
Cuti Sekolah di Brunei Darussalam
Cuti sekolah selama seminggu kali ini tidak disia-siakan. Kesempatan ini melawat sebuah negara Islam iaitu Brunei, Suka melihat masjid-masjid yang indah. Apabila menikmati Burger King tiada cukai kerajaan. Sebuah negara Islam yang penuh dengan amalan Islam di stesen radio mau pun rancangan TV.
Thursday, March 20, 2014
Kursus Pendek PSH Tahun 2014 Kolej Komuniti Betong
Belajar adalah satu proses yang tiada pengakhirannya. Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negara China. Tahun 2014 telah bermula dengan baik. Kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Betong mendapat sambutan. Rebutlah peluang yang ada.
Sunday, March 16, 2014
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Idea pelaksanaannya adalah dari ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada
Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember 2013. Program yang dicetuskan oleh TPM
adalah Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Program ini adalah tujuan
utamanya adalah menyebarluaskan pengetahuan ilmu kefahaman kita tentang islam.
PISH ini bukan sahaja terfokus kepada ilmu fardu ain dan fardu kifayah malahan
juga merangkumi ilmu kemahiran dan keusahawanan. Golongan sasaran adalah belia,
pelajar di sekolah agama rakyat atau sekolah pondok, institusi keagamaan
seperti surau dan masjid dan juga komuniti setempat.
Pihak Kolej Komuniti Betong telah terpanggil untuk menganjurkan program
PISH ini. Pada 13 hingga 16 Mac 2014 satu program yang dipanggil JOM IMARAH
MASJID telah dilaksanakan. Program ini telah mendapat kerjasama dari Masjid
Jamek Betong, Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Betong (JAIS) dan Jabatan
Pertanian Bahagian Betong.
Program JOM IMARAH MASJID melibatkan beberapa aktiviti antaranya ialah
kursus penyembelihan halal yang diadakan pada 13 Mac 2014 yang dikendalikan
oleh Ustaz Affandi Bin Ismail dari JAIS. Kursus ini melibatkan kuliah dan
praktikal bagaimana cara penyembelihan ayam, itik dan kambing yang memenuhi
tuntutan syarak. Pada sebelah malam satu kuliah masjid yang bertajuk “Dari mana
hendak ke mana” turut diadakan. Majlis juga diisi dengan solat hajat bagi
mendoakan penerbangan Malaysia MH370. Selain dari program berbentuk keagamaan,
aktiviti kursus pendek kemahiran turut dilaksanakan. Di antara kursus yang
dijalankan ialah kursus nasi briyani yang dikendalikan oleh Puan Latifah Yasok
pada 13 Mac 2014, kursus Pembuatan Simen Fero yang dikendalikan oleh Encik
Joehari dari Kolej Komuniti Betong pada 15 & 16 Mac 2014 dan Kursus
Pembuatan Kek Lapis yang dikendalikan oleh Puan Norhayati Binti Arbee dari KEMAS
Betong pada 16 Mac 2014. Seramai 80 peserta telah hadir bagi kursus-kursus
berkenaan.
Upacara penutupan program telah dijalankan di Masjid Jamek Betong pada 16
Mac 2014 yang telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Kolej Komuniti
Betong, Encik Carlos Mikon Misin. Program seumpama ini akan diteruskan lagi di
kawasan lain di bahagian Betong pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)