Wednesday, March 11, 2015
Pelaporan Aktiviti
Setiap kali selesai aktiviti sudah semestinya perlu disediakan pelaporan. Ini bertujuan untuk melihat sejauhmana objektif kursus tercapai. Untuk melengkapkan lagi pelaporan, sisipan atau keratan akhbar merupakan satu bonus bagi pelaporan tersebut.
Pada tahun ini sehingga Mac beberapa aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu:
1. Kursus Pembuatan Kek Buah bagi warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Lingga, Sri Aman pada 5 Feb 2015 - Keratan Akhbat Utusan Sarawak bertarikh 11 Feb 2015
2. Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Surau Kg Hulu Beladin. PUSA pada 28 Feb & 1 Mac 2015 - Keratan Akhbat Utusan Sarawak bertarikh 3 Mac 2015
3. Bengkel Masakan SIHAT di Sekolah Kebangsaan Batang Ai, Sri Aman pada 9 MAc 2015 - Keratan Akhbat Utusan Sarawak bertarikh 12 Mac 2015
Tujuan utama pelaporan di akhbar agar komuniti tahu bahawa pihak Kolej Komuniti atau kerajaan ada menyediakan kursus-kursus pendek kepada komuniti. Semoga dengan ada berita seperti ini, pihak komuniti mengambil kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu.
Monday, March 2, 2015
Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Kg Beladin
Pada 28 Februari hingga 1 Mac 2015 telah berlangsung
program Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Surau Kampung Hulu
Beladin anjuran Kolej Komuniti Betong dengan kerjasama JK Pengurusan Surau
Kampung Hulu Beladin. Program tersebut telah melibatkan seramai 250 orang
peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Kampung Beladin.
Program yang berlangsung selama dua hari ini padat
dengan pelbagai jenis aktiviti di antaranya kursus-kursus pendek yang
berteraskan keagamaan dan kemahiran. Di antara kursus-kursus yang dijalankan
ialah penyembelihan HALAL, pengurusan jenazah, masakan Nasi dagang, pembuatan
Tauhu, pembuatan bun, cup cake dan tart telur dan pembuatan simen fero. Selain
dari kursus-kursus pendek juga dijalankan aktiviti seperti Qasidah dan ceramah
agama yang dipimpin oleh Ustaz Affandi dari JAIS bahagian Betong. Majlis ini
berlangsung di sebelah malam pada 28 Februari 2015. Sambutan yang amat
menggalakkan dari penduduk setempat yang mana memenuhi perkarangan surau untuk
menyaksikan persembahan Qasidah oleh anak-anak dan juga ceramah oleh Ustaz Affandi.
Tujuan utama program ini ialah untuk mempergiatkan
aktiviti di surau dan juga untuk merapatkan lagi hubungan masyarakat dengan
agensi kerajaan dan juga pemimpin setempat. Program ini telah mendapat sokongan
yang kuat dari Ahli Dewan Undangan Negeri N.24 Beting Maro YB Dr Haji Razaili
bin Haji Gapor. Beliau telah bersama-sama komuniti sepanjang dua hari beramah
mesra dan merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival PISH pada 1 Mac 2015.
Encik Fadil bin Hj. Aziz yang merupakan Penyelaras PSH telah mewakili Pengarah
Kolej Komuniti Betong untuk bersama-sama memeriah majlis perasmian berkenaan.
YB Dr Hj Razaili di dalam
ucapan perasmiannya berharap agar ilmu yang diperolehi semasa program ini
digunakan untuk memulakan perniagaan. Beliau amat menggalakkan agar penduduk
kampung terlibat dengan keusahawanan yang mana ianya akan meningkatkan taraf
hidup mereka. Yang Berhormat juga berharap agar program ini dapat diteruskan ke
kawasan lain seperti di Pusa yang mana ianya akan memberikan banyak manafaat
kepada komuniti sekeliling.
Subscribe to:
Posts (Atom)