Tuesday, December 20, 2016

Perhimpunan Hari Keluarga Haji Mohamad 2016





Perhimpunan Hari Keluarga Haji Mohamad bagi tahun 2016 telah diadakan pada 17 Disember 2016. Seperti biasa Hari Keluarga dimulakan dengan pertandingan bowling pada hari Jumaat malam , diikuti dengan pertandingan futsal pada pagi Sabtu dan Majlis Makan Malam pada Sabtu malam. Perhimpunan ini dilaksanakan setiap 2 tahun sekali. Pada tahun ini, perhimpunan ini diadakan di Hotel RH Sibu. Majlis meriah dan dikelolakan oleh keluarga dari Brunei. Tahniah kepada Asfa dari keluarga HUDA memenangi Ten Pin Bowling begitu juga Tetty. Semoga kami dapat berkumpul lagi pada tahun 2018. 

Tuesday, June 28, 2016

Program Bakti Kolej Komuniti Kepada Komuniti Wilayah Sarawak 16 Jun 2016














Pada 16 Jun 2016 yang lalu satu program telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Wilayah Sarawak. Program ini dilaksanakan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia. Pelbagai pengisian telah dibuat antaranya KONVOI PROGRAM RAMADHAN TOUR MEMORIES, Jerayawara Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa. Program berbuka puasa diadakan di Kolej Komuniti Miri. Konvoi Program Ramadhan Tour Memories adalah konvoi yang bertujuan untuk mengagih bantuan kepada mereka yang memerlukan iaitu 15 buah rumah yang berada di Rampangani, Bau, Santubong dan Kuching. Majlis berasa sangat bertuah kerana program diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, YBhg. PPj. Kehormat Dato’ Amir Bin Md. Noor.

Semoga program ini membawa keberkatan dan diredai Allah... Amin

Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Miri








Pada 17 Jun 2016 satu majlis
MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR & MAJLIS BERBUKA PUASA  telah diadakan di Kolej Komuniti Miri. Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar, staf dan ahli keluarga staf. Tujuan utama majlis ini adalah untuk merapatkan tali silaturahim di antara semua keluarga Kolej Komuniti Miri. Diharapkan program ini memberikan manafaat kepada semua.

Thursday, May 26, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri Bil 1 Tahun 2016













Pada 25 Mei 2016 yang lalu satu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri Bilangan 1 Tahun 2016 telah diadakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ADUN N75 Senadin yang juga merupakan Menteri Muda Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan dan Menteri Muda Pelancongan Sarawak juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh Residen Miri, Encik Antonio Kathi Galis. Mesyuarat membincangkan perjalanan Kolej Komuniti Miri secara keseluruhannya. Semoga dengan adanya mesyuarat ini pengurusan Kolej Komuniti Miri akan lebih mantap.

Tuesday, May 3, 2016

MAJLIS PELANCARAN INDUSTRY LED PROFESIONAL CERTIFICATE (IPC) & PROGRAM KOLEJ KOMUNITI BA ATIKU 2016

Tarikh                   : 30 April 2016 (Sabtu)
Tempat                : Pusat Komuniti Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong, MIRI
Tetamu terhormat:          Y.Bhg. DATUK DR LEE KIM SHIN,
MENTERI MUDA PERHUBUNGAN DAN MENTERI MUDA SUKAN SARAWAK MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ KOMUNITI MIRI.

Pada 30 April 2016 bertempat di Pusat Komuniti Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong, MIRI telah berlangsung Majlis Pelancaran Industry LED Profesional Certificate (IPC) & Program Kolej Komuniti Ba Atiku.  Program ini adalah anjuran Kolej Komuniti Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N. 75 Senadin & JKK Kampung Tudan Fasa 4 & 5, Lutong, MIRI.
Pengisian program ini adalah di antaranya Program CSR oleh pelajar Kolej Komuniti Miri mengemas dan mencuci Pusat Komuniti Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong, pelaksanaan kursus-kursus pendek kepada komuniti setempat dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadik Kemas. Selama 2 hari kursus-kursus pendek telah dilaksanakan iaitu pada 29 & 30 April, di antara kursus-kursus pendek itu ialah penanaman cendawan, pembuatan pizza, jahitan manik dan pembuatan mee kuning. Seramai lebih 200 orang peserta telah terlibat.

Program telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr Lee Kim Shin. Turut hadir pada program tersebut ialah      Dato’ Amir Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan Dato’ Mohamad Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Institute (MAI). Satu kolaborasi persefahaman telah dijalinkan di antara Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan Malaysia Automotive Institute (MAI). Di samping itu 5 orang pelajar Kolej Komuniti Miri Sarawak telah terpilih untuk  menerima sijil Penyertaan New Entrepreneur Development Programme Fasa 1. New Entrepreneur Development Programme Fasa 1 merupakan satu program untuk melahirkan usahawan bumiputra yang bergiat di dalam bidang automotif. Program ini telah memberi banyak manafaat kepada komuniti setempat dan pelajar Kolej Komuniti.













Monday, April 4, 2016

Tempat baru








15 Mac 2016 melapor diri ke tempat kerja baru iaitu di Kolej Komuniti Miri. Tempat baru, tugas baru dan tanggungjawab yang lebih mencabar. Semoga mampu menggalasnya. Tugasan pertama adalah kolaborasi bersama Malaysia Automotive Institute (MAI) pada 30 Mac 2016.