Tuesday, June 28, 2016
Program Bakti Kolej Komuniti Kepada Komuniti Wilayah Sarawak 16 Jun 2016
Pada 16 Jun 2016 yang lalu satu program telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Wilayah Sarawak. Program ini dilaksanakan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia. Pelbagai pengisian telah dibuat antaranya KONVOI PROGRAM RAMADHAN TOUR MEMORIES, Jerayawara Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa. Program berbuka puasa diadakan di Kolej Komuniti Miri. Konvoi Program Ramadhan Tour Memories adalah konvoi yang bertujuan untuk mengagih bantuan kepada mereka yang memerlukan iaitu 15 buah rumah yang berada di Rampangani, Bau, Santubong dan Kuching. Majlis berasa sangat bertuah kerana program diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, YBhg. PPj. Kehormat Dato’ Amir Bin Md. Noor.
Semoga program ini membawa keberkatan dan diredai Allah... Amin
Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Miri
Pada 17 Jun 2016 satu majlis
MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR & MAJLIS BERBUKA PUASA telah diadakan di Kolej Komuniti Miri. Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar, staf dan ahli keluarga staf. Tujuan utama majlis ini adalah untuk merapatkan tali silaturahim di antara semua keluarga Kolej Komuniti Miri. Diharapkan program ini memberikan manafaat kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)