Friday, October 19, 2018

Majlis Dialog Bersama Industri Majlis Menandatangani C.O.C Kolej Komuniti Miri tahun 2018










Pada 18.10.18- 18 hb Oktober 2018 telah berlangsung Majlis Dialog Bersama Industri dan Majlis Menandatangani C.O.C Kolej Komuniti Miri tahun 2018.

Program diadakan di Kolej Komuniti Miri. Program ini dimulakan dengan Dialog bersama industri di mana industri-industri berkenaan adalah:
1. DOC Furniture-Mr. Edwin Chai
2. AMW Sdn Bhd-IR. Assoc. Prof. Dr. Edwin Jong Nyon Tchan
3. Advance Borneo Engineering Sdn Bhd-Encik Zulkifli Bin Aziz

Selepas selesai Majlis Dialog Bersama Industri berlangsung pula majlis perasmian yang dirasmikan oleh wakil residen Bahagian Miri, Tuan Ezra
Kemudian diikuti dengan Majlis Menandatangani C.O.C bersama 4 syarikat iaitu:
1. Encik Edwin Chai
Pengurus D.O.C Furniture
2. Encik Terry Choo
Pengurus Beyond ID Company
3. Encik Zulkifli Bin Aziz
mewakili Pengarah Advance Borneo Engineering Sdn Bhd
4. Datuk George Ling Kien Sing
Penasihat Technical Engineering Safety Training (TEST PLT)

Majlis diakhiri dengan perasmian majalah Kolej Komuniti Miri yang dinamakan DIKARA

Semoga Kolaborasi ini akan memantapkan dan memajukan lagi Kolej Komuniti Miri.


Wednesday, September 26, 2018

Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Psikologi







26 dan 27 September telah diadakan Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Psikologi. Pegawai dari Kolej Komuniti Sarawak, Kolej Komuniti Tawau dan pegawai dari JPPKK turut hadir. Selain dari mesyuarat, perkongsian ilmu juga diadakan semasa bengkel oleh pegawai dari Kolej Komuniti Selayang dan Kolej Komuniti Hului Langat. Semoga memberi manafaat kepada semua yang hadir.

Tuesday, September 25, 2018

Program Pertandingan Inovasi & Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Sarawak (ReInoTech CC 2018)







Satu program Pertandingan Inovasi & Seminar Penyelidikan bagi Kolej Komuniti Negeri Sarawak telah diadakan pada 20 September 2018 di Pustaka Negeri Sarawak. Program ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah dari Kolej Komuniti Negeri Sarawak. 2 kategori inovasi telah dipertandingkan iaitu Inovasi Sains Sosial/Pengurusan dan Inovasi Sains Teknikal (produk & ciptaan). Kedua-dua kategori tersebut telah dimenangi oleh Kolej Komuniti Miri. Sebanyak 14 kertas kajian telah dibentang pada hari berkenaan. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Miri mewakili Residen Bahagian Miri. Majlis turut dihadiri oleh Dr Ishak Pengarah Pusat Penyelidikan & Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, KPM.
Semoga program ini memberi manafaat kepada semua yang menyertainya. 

Monday, September 17, 2018

Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri

Pada 9 September 2018 telah berlangsung Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri yang berlangsung di Kampung Lembah Hijau.

Program ini bermula dengan mesyuarat bersama JK Pelaksana di Kolej Komuniti Miri pada 29Ogos 2018

Kemudian Perasmian program di UNIMAS Kuching oleh Ketua Menteri Sarawak dan dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia. Satu sesi bersama Menteri Pendidikan Malaysia telah diadakan di bilik Seringit UNIMAS sebelum upacara perasmian.


Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri pada 9 September 2018 telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Miri iaitu Puan Sherrina Bt Hussaini




Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya:
1. Kenduri Rakyat
2. Pembinaan Taman Herba 
3. Gotong Royong
4. Kelas Bimbingan UPSR
5. Kursus Pendek kepada penduduk Kampung
6. Pemeriksaan Kesihatan oleh KOSPEN



Seramai 100 siswa dan siswi dari Kolej Komuniti Miri, IKBN, IPG Miri telah terlibat semasa program.








Program ini sangat baik dalam mengujudkan semangat kesukarelawan dan merapatkan hubungan di antara pelajar dan masyarakat.


Video pelaksanaan program boleh juga dicapai di https://youtu.be/uShA1y07CyM

Semoga program ini memberi manafaat kepada semua.


Monday, August 20, 2018

Majlis menandatangani Notes of Understanding (NOU) di antara Kolej Komuniti Miri, KPM dan Technical Engineering Safety Training Solutions PLT (TESTS)

Pada tanggal 20 Ogos 2018  bertempat di Kolej Komuniti Miri, KPM telah berlangsung Majlis menandatangani Notes of Understanding (NOU) di antara Kolej Komuniti Miri, KPM dan Technical Engineering Safety Training Solutions PLT (TESTS).
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datuk George Ling Kien Sing, Penasihat TESTS, Tuan Haji Abdullah Bahazem, Pengarah Urusan TESTS, En. Suhardi Bin Manjeli Timbalan Pengarah  (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Miri, Encik Julius Dorus Pengarah Gold Seastar Sdn Bhd anak Syarikat Metal Press, Staf TESTS dan Staf Kolej Komuniti Miri.
Semoga dengan termeterai persefahaman ini maka banyak program dan aktiviti pendidikan boleh dilaksanakan.