Pada tanggal 20 Ogos 2018 bertempat di Kolej Komuniti Miri, KPM telah berlangsung Majlis menandatangani Notes of Understanding (NOU) di antara Kolej Komuniti Miri, KPM dan Technical Engineering Safety Training Solutions PLT (TESTS).
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datuk George Ling Kien Sing, Penasihat TESTS, Tuan Haji Abdullah Bahazem, Pengarah Urusan TESTS, En. Suhardi Bin Manjeli Timbalan Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Miri, Encik Julius Dorus Pengarah Gold Seastar Sdn Bhd anak Syarikat Metal Press, Staf TESTS dan Staf Kolej Komuniti Miri.
Semoga dengan termeterai persefahaman ini maka banyak program dan aktiviti pendidikan boleh dilaksanakan.