Wednesday, September 30, 2009

Rumah terbuka 1 Malaysia




Sudah menjadi kebiasaan rumah terbuka dibuat semasa perayaan. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka. Seperti biasa rumah terbuka dibuat untuk menjamu saudara mara sahabat handai. Hidangan tradisional seperti rendang daging, soto, ketupat pulut, satay goreng dan lain-lain dihidangkan buat tetamu. Tetamu datang seawal jam 12. Memang tak menang tangan dibuatnya, silih berganti tetamu yang datang. Apa yang menyeronokkan ialah kita dapat beramah mesra dengan tetamu. Antara tetamu yang hadir adalah Ong peminat setia Manchester United, nampaknya tak ada batasan dalam beraya datang juga ke rumah peminat Liverpool. Kuih muih juga tak ketinggalan. Di Sarawak kalau kuih tu adalah kek lapis tak macam di semenanjung biskut raya. Semoga semangat rumah terbuka ini akan diteruskan bagi menambah semangat muhibbah...1 Malaysia.




** Hati parek kek yang boleh tahan setahun. Mun sik cerik rugi ( kalau tak rasa rugi)

Monday, September 28, 2009

Selamat Tinggal Jabatan Ku di PoliKu


Bukan mudah untuk melupakan Jabatan lama. Sepuluh tahun semenjak tahun 1999, saya telah berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Rasanya cukup lama untuk membuat hati sedih meninggalkannya. Kini saya di Jabatan Matematik Sains & Komputer, walaupun masih di Politeknik yang sama namun Jabatan Matematik & Sains berada di blok yang lain. Ini bermaksud agak sukar untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Di jabatan baru, tempat kerja baru sudah tentulah sukar untuk menyesuaikan diri. Rasa kekok memang ada. Moga rakan sekerja baru dapat menerima diri ini. Beransur-ansur mengenali rakan sekerja yang baru. Itulah kebaikannya jika kita berkerja tempat baru, dapat tambah kawan baru. Jauh di hati JKM tetap di hati ini. Semoga suatu hari nanti kita akan bersama semula. Auk ajak lah....
* Tak lupa melawat kawan kamceng di bengkel

Saturday, September 26, 2009

Selamat Datang

Selamat Datang

Saya baru berjinak-jinak nak ber blog. Bak kata orang rindok hati aje. Harap kita sama-sama dapat berkongsi pengalaman. Terima kasih