Monday, September 28, 2009

Selamat Tinggal Jabatan Ku di PoliKu


Bukan mudah untuk melupakan Jabatan lama. Sepuluh tahun semenjak tahun 1999, saya telah berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Rasanya cukup lama untuk membuat hati sedih meninggalkannya. Kini saya di Jabatan Matematik Sains & Komputer, walaupun masih di Politeknik yang sama namun Jabatan Matematik & Sains berada di blok yang lain. Ini bermaksud agak sukar untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Di jabatan baru, tempat kerja baru sudah tentulah sukar untuk menyesuaikan diri. Rasa kekok memang ada. Moga rakan sekerja baru dapat menerima diri ini. Beransur-ansur mengenali rakan sekerja yang baru. Itulah kebaikannya jika kita berkerja tempat baru, dapat tambah kawan baru. Jauh di hati JKM tetap di hati ini. Semoga suatu hari nanti kita akan bersama semula. Auk ajak lah....
* Tak lupa melawat kawan kamceng di bengkel

3 comments:

  1. Assalamualaikum!
    Tahniah kerana sudah ada blog sendiri!
    Keep Up The Good Effort!
    Wassalam!

    ReplyDelete
  2. Ban, rupanya ikan2 ko tu boleh bagi makan.... dah ... aku dah bagi makan dah... Kenyang nampak ikan2 ko tu... heheh

    ReplyDelete
  3. Ban...

    sedar tak sedar anak ko dah konvo dah... bila lagi nak bermenantu?? hehehehe

    Anyway Tahniah la...cute la anak ko!

    ReplyDelete