Thursday, October 29, 2009

Test


Petang tadi saya menjalankan ujian untuk pelajar Diploma Semester 6 Kejuruteraan Mekanikal. Pening nampak mereka. Apa yang saya sedang fikirkan masa itu ialah mungkin ini kali terakhir saya buat ujian untuk pelajar semester 6 Kejuruteraan Mekanikal. Maklumlah saya dah berpindah jabatan. Hanya masa yang akan menentukannya.


** Ikut hati nak terus mengajar pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Pertahanan


Semasa belanjawan biasanya pertahanan diberi peruntukan yang lebih. Ini bagi memastikan kedaulatan negara terjaga. Tahun 2010 dikatakan peruntukan pertahanan telah dikurangkan. Tetapi apa yang lebih menarik ialah semalam anak saya Baby semasa pulang dari sekolah "makan"nya... berkata "ayah tadi saya naik kereta kebal!". Oh baru saya teringat bahawa semalam ada pameran peralatan tentera berhampiran kantin politeknik. Ramai pelajar sempat bergambar dengan kereta perisai dan senapang M16.


** Dulu pernah masuk kadet tentera di STS pegang M16.

Sunday, October 25, 2009

Syabas Pasukan Merah




Tahniah Liverpool... 2 - 0 Tewas Manchester United... Banitez senyum Sir Alex termangu. Begitulah keputusannya. Bak kata sahabat handai tak menang piala tak apa asal kalah kan MU. Untuk semua penyokong Liverpool semoga gembira dengan keputusan ini. Penyokong MU... jangan bersedih... jumpa di Old Trafford.
** Peminat setia Liverpool sejak dulu lagi ... zaman Ian Rush, John Barnes

Thursday, October 22, 2009

Teruskan Perjuangan

Telah 4 kali kalah adakah ianya akan berterusan?? Liverpool bangkitlah kami setia menyokongmu... Manchester United kau tunggu... Kita kan bertemu...

You'll never walk alone ...

Bandar Sibu







Kalau dilihat sepintas pandang bandar Sibu agak mirip dengan bandar Segamat. Di bandar ini boleh dikatakan kaum Cina agak ramai sama seperti Segamat. Kedudukannya juga hampir sama iaitu ianya berhampiran dengan sungai cuma sungai di Sibu kapal dapat berlabuh. Bandar Sibu sama seperti bandar Kuching mempunyai mercu tanda. Kalau bandar Kuching sudah tentulah kucing manakala Sibu pula angsa. Segamat dah tentulah durian..


** Walau di mana kita berada ianya tetap Malaysia aman dan damai

Dabai


Pelbagai jenis ulam-ulaman yang biasa kita dengar, ada petai, jering, kacang botol dan sebagainya. Kalau kita sebut Sibu, Sarawak ianya terkenal dengan buah dabai (Dabey). Ianya tak boleh dimakan terus dan tak boleh dimasak. Caranya ialah hanya direndam dengan air suam. Kalau guna air panas ianya akan keras. Biasanya ia dimakan dengan kicap atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya lemak-lemak. Kadangkala ianya juga ada yang dijeruk. Ada juga menu nasik goreng dabai dijual di kedai-kedai makan tertentu. Di Kuching nasi goreng juga dipanggil nasi aruk.
** Mula-mula janggal juga merasa buah dabai ni

Saturday, October 17, 2009

Mi Sup Udang Sibu


Setiap kali kami datang ke bandar Sibu kami tidak pernah melepaskan peluang menikmati kelazatan mi sup udang Jinbau. Rasanya yang sedap dihidangkan dalam periuk tanah amat menyelerakan. Anak saya, baby pula menikmati mi kampua. Sambil menikmati mi sup udang sempat saya menjeling keputusan EPL di mana pasukan saya tewas 1-0 kepada Sunderland. Boring juga dibuatnya. Namun selera untuk menikmati mi sup udang tak terbantut. Yang best mi sup udang ni ada udang besar bertapok (menyorok) dalam mi.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri







Setelah memandu sejauh 400 kilometer dan lebih 5 jam perjalanan akhirnya kami sekeluarga sampai ke bandar Sibu. Tujuan utama kami adalah menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Keluarga Hj Mohamad Shamsudin (famili isteri). Majlis tersebut diadakan di RH hotel Sibu. Pelbagai persembahan telah diadakan. Yang amat menarik minat anak-anak saya ialah Hafiz AF7 menyanyi. Anak-anak saya adalah merupakan Generasi ke-5 keluarga ini manakala isteri saya dan Hafiz generasi ke 4. Sempat juga anak saya bergambar dengan Hafiz. Seronok mereka pada hari ini.

Monday, October 12, 2009

MI Kolok


Banyak makanan yang istimewa di Sarawak ni yang perlu dirasa kalau datang bertandang ke mari. Antara makanan yang menarik ialah laksa sarawak, bubur pedas kalau buah ada buah dabai kalau kuih ada kuih bungko, kuih selorot macam macam lagi... Paling menarik hati baby ialah mi kolok ... dah jadi makanan rujinya... Ianya ringkas, selain mi kolok ada mi kampua, mi pok, rojak kassim (bapak rem penyanyi), sup power sibu (jinbau selera malam), rojak kuchai... kalau dah peminat makanan memang sentiasa mencari rasa baru.

** Mun mauk datanglah sitok, iboh supan. (kalau mau datanglah sini, jangan malu-malu)

Hari Jadi


Hari ini 13 Oktober 2009 merupakan hari lahir saya yang ke 37 tahun. Bagi sesetengah orang umur rahsia. Hari jadi kali ini terselit rasa sedih kerana ayah tercinta telah menemui ilahi awal tahun ini. Hidup ini perlu diteruskan. Moga tuhan mencucuri rahmat ke atas beliau. Sempena hari lahir ini saya bercuti nampaknya. Hujung minggu yang lalu dah sibuk dengan kelas di OUM kini tiba masa berehat sebentar.
** Makin meningkat umur makin meningkat risiko penyakit

Meja ke mesin jahit




Malaysia memang negara yang aman dan damai. Rakyatnya pula kreatif dari yang muda dengan motorsikal yang diubahsuai hinggalah ke gerai makan menukar mesin jahit kepada meja makan. Apa yang menarik ialah nasi lemak kedai tersebut. Terletak di Jalan Gambang Kuantan, nasi lemak kedai tersebut memang nyaman (sedap kata orang Sarawak). Kalau lalu lagi macam nak makan lagi la....
** Goyang kaki sambil makan tak baik untuk kesihatan

Kereta Idaman




Sudah hampir lima tahun kami sekeluarga bersiar-siar bersama Proton Waja. Bermula dengan Proton Iswara (QCA 7273), diikuti Iswara SE (QKU7273), proton Waja (QKY7273) kesemuanya buatan Malaysia. Kalau nak kata patriotik boleh dikatakan patriotik dah. Selepas merasa menggunakan kereta buatan Malaysia termasuk Perodua Kelisa yang saya dah tukar dengan Perodua Kenari (QAB7273) akhirnya kami mencuba kereta Honda CIVIC (QTG7273).Alhamdulilah ada rezeki lebih. Yang paling gembira baby anak kecil kami, ajak bersiar-siar dengan kereta baru.

Tuesday, October 6, 2009

Budaya Pot Luck


Setelah lebih 10 tahun saya menetap di Kuching, saya telah mempelajari satu budaya yang baik yang boleh merapatkan silaturrahim iaitu Budaya Pot Luck. Di pejabat hari Jumaat tertentu AJK Kebajikan akan maklumkan dalam e-mail pot luck diadakan. Bila makluman tersebut diterima sehari sebelum hari potluck, masing-masing telah memikirkan apa yang patut dibawa pada pagi Jummat. Seorang sedikit bawa makanan dan minuman. Bila dikumpulkan jadi banyak makanan tersebut selepas itu dimakan bersama-sama. Perkara yang sama jugak berlaku bersama keluarga. Jika ada sambutan tertentu contohnya sambutan Tahun Baru, sebuah rumah akan dipilih. Semua ahli keluarga akan berkumpul sambil membawa juadah untuk dimakan bersama. Tuan rumah biasanya akan menambah makanan dan minuman. Selain makan bersama ada acara selingan diadakan seperti meneka duit syiling dalam balang, meneka bilangan gula-gula, teka teki dan tak lupa jugak acara kegemaran ramai karaoke. Boleh kata meriahlah dibuatnya, tuan rumah tak lupa sediakan hadiah untuk pemenang. Ianya adalah satu budaya yang baik untuk merapatkan hubungan keluarga dan rakan-rakan.
**Rindok berlagu sampey sik perasan ari udah lewat malam. (seronok menyanyi sampai tak sedar hari dah lewat malam)

Mercu tanda




Beberapa bulan yang lalu kami sekeluarga meluangkan masa keluar di malam hari untuk melihat kapal berhias. Kebiasaannya kami mengelak untuk berada di tempat yang sesak. Namun malam tersebut kami telah pergi ke tebingan dan makan malam di sana sambil menyaksikan barisan kapal berhias. Apa yang menarik perhatian saya ialah bangunan dewan undangan negeri yang tersergam indah dan cantik dilimpahi cahaya di malam hari. Juga pada minggu tersebut trafik agak terganggu maklumlah perasmian dewan undangan negeri oleh yang Di Pertuan Agong dan juga mesyuarat majlis raja-raja ditambah pula dengan pesta air.
Maka dengan adanya Bangunan Dewan Undangan Negeri maka bertambahlah satu lagi mercu tanda di bandaraya Kuching.

** Jangan lupa tengok DUN Sarawak kalau ke Kuching. Rindok ati nanggarnya. (suka hati melihatnya)

Friday, October 2, 2009

Merdeka




Walaupun dah lebih sebulan berlalu sambutan kemerdekaan, namun kalau kita imbas kembali pelbagai cara orang menyambutnya. Tidak kira golongan menyambutnya dengan cara mereka sendiri. Anak saya baby menyambut di sekolahnya. Walaupun tidak mengerti namun mereka dikenalkan dengan bendera Malaysia. Disuruh mewarna dan mengibarkannya.

Burger


Sekali rasa tentu nak lagi. Itu yang boleh saya katakan tentang burger dekat Simpang Tiga (JPJ lama). Burger lamb grilled dan burger chicken grilled with pineapple memang sedap. Memang dicari walaupun saya bukan peminat setia burger. Cuba rasa sendiri baru tau.

Thursday, October 1, 2009

Kenangan Lalu




Sibuk melayari internet terjumpa pulak gambar masa belajar dulu. Teringat kembali pengalaman semasa belajar. Susah payah belajar dengan pensyarah dari luar negara, memahami slang mereka. Diharapkan agar satu hari nanti dapat bertemu dengan rakan seperjuangan dulu.




** selalu jumpa rakan semasa mesyuarat.

Kek lapis vs Raya




Setiap kali Aidilfitri menjelma perkara pertama yang berlegar di fikiran ialah baju melayu dan kek lapis. Sudah menjadi kelaziman berhari raya di Kuching memakai baju melayu selama 7 hari maka perlulah ada stok baju melayu yang mencukupi. Kalau tak janggallah jadinya. Bercerita pasal kuih raya (kek lapis) memang perkara yang penting nak raya. Kalau kek lapis ada dua jenis satu dibuat dari majerin dan satu dari butter. Kalau dari majerin paling digemari oleh rakan-rakan dari semenanjung kerana RM 10 sebatang. Tapi di sitok (di sini) yang butter menjadi pilihan, sebuku mencecah harga RM 100. Ada juga bentuk roll macam-macam rasa macam-macam rupa. Seronok beraya dibuatnya.




** Masih belajar cakap Sarawak....


Mun datang sitok jangan lupak cerik kek lapis, sinun sik ada gilak ( kalau datang sini jangan lupa rasa kek lapis, sana tak berapa nak ada)

Cuti Oh Cuti


Tidak terasa dah hampir dua minggu bercuti. Berat rasanya nak bekerja, maklumlah dah lama bercuti. Tak ketinggalan juga anak kecil saya Baby (Jazmina) mula semula bersekolah. Walaupun baru sekolah TADIKA, dia juga perlu bangun seawal 6.00 pagi. Itulah rutin setelah lama bercuti. Kena turun awal sebab saya masuk kerja 7.30 pagi. Hari ini juga saya ada kuliah pagi dan petang. Memerah kepala nampaknya pelajar saya, ada Ujian 1. Setelah puas bercuti, beraya tiba masa untuk diuji. Terasa panjangnya hari ni nampaknya.



** Udah biasa test bekas raya. (Dah biasa ujian lepas cuti raya)