Setelah lebih 10 tahun saya menetap di Kuching, saya telah mempelajari satu budaya yang baik yang boleh merapatkan silaturrahim iaitu Budaya Pot Luck. Di pejabat hari Jumaat tertentu AJK Kebajikan akan maklumkan dalam e-mail pot luck diadakan. Bila makluman tersebut diterima sehari sebelum hari potluck, masing-masing telah memikirkan apa yang patut dibawa pada pagi Jummat. Seorang sedikit bawa makanan dan minuman. Bila dikumpulkan jadi banyak makanan tersebut selepas itu dimakan bersama-sama. Perkara yang sama jugak berlaku bersama keluarga. Jika ada sambutan tertentu contohnya sambutan Tahun Baru, sebuah rumah akan dipilih. Semua ahli keluarga akan berkumpul sambil membawa juadah untuk dimakan bersama. Tuan rumah biasanya akan menambah makanan dan minuman. Selain makan bersama ada acara selingan diadakan seperti meneka duit syiling dalam balang, meneka bilangan gula-gula, teka teki dan tak lupa jugak acara kegemaran ramai karaoke. Boleh kata meriahlah dibuatnya, tuan rumah tak lupa sediakan hadiah untuk pemenang. Ianya adalah satu budaya yang baik untuk merapatkan hubungan keluarga dan rakan-rakan.
**Rindok berlagu sampey sik perasan ari udah lewat malam. (seronok menyanyi sampai tak sedar hari dah lewat malam)
No comments:
Post a Comment