Thursday, January 21, 2010

Buah tangan





























Tidak lengkap rasanya kalau pergi ke Kuching kalau tidak membeli kek lapis dan ikan terubok masin. Maka kami telah pergi ke kedai menjual kek lapis dan kemudian ke pasar untuk mencari ikan terubuk masin. Sambil itu sempat juga kami ke Pengkalan Sapi, Taman Orkid dan melihat Dewan Undangan Negerio Sarawak. Semasa si kedai kek lapis sempat juga mak merasa pelbagai jenis kek lapis dan juga ada membeli tebaloi. Mak juga sempat pergi ke Indian Street dan Wisma Hopoh. Nasib baik cuaca agak baik yang membolehkan kami berjalan-jalan. Di pasar selain membeli ikan terubok sempat juga beli petai.








** Teringat kat arwah ayah yang dulu ingin sangat ke Kuching

Sunday, January 17, 2010

Serikin






















Pada mulanya agak bimbang untuk ke Serikin maklumlah dikatakan bahawa berlaku banjir di sana. Hujan pada hari sebelumnya menguatkan lagi kebimbangan tersebut. Tetapi memandangkan Mak dan Mahathir datang dari jauh kami bertekad juga untuk ke sana. Ternyata kebimbangan kami tidak membawa asas walaupun berita radio ada mewawarkannya. Keadaan adalah sebaliknya, hari agak terang dan panas dan tiada tanda-tanda banjir.








Boleh dikatakan tidak lengkap lawatan ke Kuching sekiranya tidak singgah ke pekan Serikin. Perjalanan dari bandaraya Kuching ke pekan Serikin di Bau mengambil masa 1 jam. Pekan Bau yang dahulunya terkenal dengan lombong emas semasa saya belajar Geografi, kini adalah tempat para peniaga dari Indonesia berniaga. Barangan seperti kain-kain, kain tudung, jaket koperat, langsir, peralatan dapur, barangan perhiasan dan lain-lain boleh didapati di sini.




Selepas selesai membel;i belah di pekan Serikin kami singgah sebentar di Gua Angin yang tak berapa jauh dari situ. Pada malam kami cuma ronda-ronda di sekitar bandar Kuching maklumlah hari hujan.






** Bandaraya Kuching terkenal dengan kebersihannya



Friday, January 15, 2010

Kedatangan

Hari ini kami sekeluarga menunggu kedatangan Bonda Saimah dan Mahathir ke Kuching. Ini adalah kali pertama bonda datang sejak pemergian ayahanda tahun lepas. Selamat datang ke bumi kenyalang.

** Pena tumpul sekeluarga bila lagi??

Tuesday, January 5, 2010

Persekolahan 2010




Tahun 2010 merupakan tahun 1 bagi baby. Nampaknya dah bersekolah baby. Awal baby bangun. Semangatnya kuat untuk bersekolah. Pulang dari sekolah saya bertanya mana seronok, sekolah tabika atau tahun 1. Jawapnya tahun 1 seronok. Baby agak keletihan, walaupun belum ada kerja rumah dia mencari buku untuk menulis yang mana akhirnya tertidur sambil memegang pensil.
** Teringat arwah ayah hantar pergi sekolah dulu kini ambilalih tugasnya pula

Panorama











Kadangkala ada baiknya kita bersiar-siar dan melihat panorama yang indah. Kalau nak melihat sudut pandangan yang baik naiklah ke menara pelita. Tujuan utama ke sana sebenarnya kami sekeluarga ialah untuk menonton filem Alvin and Chipmunk 2. Cuti persekolahan dah dipenghujungnya maka esok akan menanti permulaan persekolahan baru 2010.



** Pemandangan indah jangan dirosakkan dengan sampah

Friday, January 1, 2010

Similajau vs Samalaju







Kalau dulu disebut Similajau sekarang disebut Samalaju. Akhir tahun 2009 saya akhiri dengan melawat Taman Negara Similajau (pergi di pantai sahaja). Bersama isteri dan anak-anak saya pergi ke sana. Tujuan utama ialah anak-anak hendak mandi laut. Maka hajat mereka pun tertunai lah.. Kalau nak diikutkan banyak aktiviti boleh dijalankan. Di sini kita boleh melihat penyu, ikan lumba-lumba tapi ada masa tertentu sahaja iaitu april sampai oktober biasanya. Juga ada jungle tracking, naik bot dan macam-macam lah. Yang minat aktiviti adventure jadik... Taman ini adalah lebih kurang setengah jam dari bandar Bintulu.


** Masuk hutan bandar takut jumpa binatang buas