Pada mulanya agak bimbang untuk ke Serikin maklumlah dikatakan bahawa berlaku banjir di sana. Hujan pada hari sebelumnya menguatkan lagi kebimbangan tersebut. Tetapi memandangkan Mak dan Mahathir datang dari jauh kami bertekad juga untuk ke sana. Ternyata kebimbangan kami tidak membawa asas walaupun berita radio ada mewawarkannya. Keadaan adalah sebaliknya, hari agak terang dan panas dan tiada tanda-tanda banjir.
Boleh dikatakan tidak lengkap lawatan ke Kuching sekiranya tidak singgah ke pekan Serikin. Perjalanan dari bandaraya Kuching ke pekan Serikin di Bau mengambil masa 1 jam. Pekan Bau yang dahulunya terkenal dengan lombong emas semasa saya belajar Geografi, kini adalah tempat para peniaga dari Indonesia berniaga. Barangan seperti kain-kain, kain tudung, jaket koperat, langsir, peralatan dapur, barangan perhiasan dan lain-lain boleh didapati di sini.
Selepas selesai membel;i belah di pekan Serikin kami singgah sebentar di Gua Angin yang tak berapa jauh dari situ. Pada malam kami cuma ronda-ronda di sekitar bandar Kuching maklumlah hari hujan.
** Bandaraya Kuching terkenal dengan kebersihannya
Wah,seronok tengok Mak itam kat Kuching.Terbayangkan saya di sana.He...he..
ReplyDelete