Sunday, March 28, 2010
Friday, March 19, 2010
Cuti Sekolah Mac 2010
Cuti persekolahan kali ini kami sekeluarga telah pergi ke Bintulu untuk melawat nek pak mereka di sana. Kami bertolak ke Sibu dari Kuching dan bermalam di Sibu sambil melawat nenek di sana. Agak penat juga setelah memandu sejauh 400 km selama 5 jam. Di Sibu kami tidak melepaskan peluang makan Mi Udang yang sememangnya favourite kami. Di Sibu kami diberitahu bahawa sedang berlangsung Regatta Sungai Rajang. Keesokan harinya awal pagi saya telah pergi mencari pulut panggang. Kemudian pada tengahari kami mula bertolak dari Sibu ke Bintulu lebih kurang 200 km yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan. Maka boleh dikatakan bahawa jauhnya rumah kami ke rumah nek pak baby dan dina adalah 600 km ++.
Di Bintulu baby dan Dina sempat pergi ke Tumbina (Tumbuhan dan Binatang) Bintulu untuk melihat harimau, beruang, buaya, burung dan lain-lain. Sempat juga kami ke Tanjung Batu melihat laut dan juga waterfront Bintulu.Tuesday, March 9, 2010
Ujian dan Doa
Sila simpankan nota anda. Itulah arahan ringkas kepada pelajar. Saya mengadakan kuiz untuk melihat sejauhmana pengajaran saya. Adakah pelajar menerima dengan baik atau saya syok sendiri? Bagi pelajar apa yang penting bagi mereka ialah markah. Itu jugalah yang kita mahu semasa belajar dulu. Namun belum terlambat sekiranya kita sedar akan kelemahan kita sebelum ujian sebenar diadakan. Doa adalah satu senjata yang ada pada kita sebagai muslim. Sesungguhnya kita dilarang untuk berdoa menghancurkan orang lain. Kita mestilah megikut adab dan tatasusila berdoa. Sesungguhnya tuhan adalah pemurah. Tanpa kita sedari apa yang dipinta oleh kita akan dimakbulkannya cuma pada masa singkat atau sebaliknya. Usaha adalah perlu, kalau usaha sudah semaksimanya barulah kita bertawakal. Sebelum kita berdoa dan meminta jangan lupa untuk memuji yang esa barulah berkat doa kita.
3D Movie
Menonton wayang adalah kegemaran kami sekeluarga. Baru-baru ini kami sekeluarga mencuba pengalaman menonton wayang 3D. Seronok juga. Ada masanya kelihatan seperti kita berada di dalam cerita tersebut. Apa yang menariknya ialah objek tersebut berada di hadapan kita. Kadangkala terperanjat dibuatnya. Saya terfikir apa yang membolehkan gambat 2D menjadi 3D. Baby dan Dina berseronok menonton cerita Alice in the Wonderland.
Hujan
Cuaca agak tidak menentu. Yang pasti hujan masih turun. Tidak seperti di sesetengah tempat di Semenanjung kering dan tidak ada hujan turun. Kadangkala bagi sesetengah golongan, hujan agak leceh bagi mereka. Golongan tersebut adalah penunggang motorsikal. Bagi saya yang juga menunggang motorsikal sudah siap sedia dengan baju hujan di bawah tempat duduk. Kadangkala pelajar selalu memberi alasan hari hujan lambat datang kuliah. Saya dengan selamba menjawap "Saya pun naik motorsikal tapi tak lambat". Sebenarnya yang menjadikan kita bermasalah ialah kita tidak mahu menghadapi masalah tersebut. Sekiranya kita tahu bahawa akan berlaku masalah maka kita akan bersedia dengan penyelesaiannya. Bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan".
** Naik motorsikal mengingatkan kita akan bertuahnya kita tidak berjalan kaki
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)