Cuti persekolahan kali ini kami sekeluarga telah pergi ke Bintulu untuk melawat nek pak mereka di sana. Kami bertolak ke Sibu dari Kuching dan bermalam di Sibu sambil melawat nenek di sana. Agak penat juga setelah memandu sejauh 400 km selama 5 jam. Di Sibu kami tidak melepaskan peluang makan Mi Udang yang sememangnya favourite kami. Di Sibu kami diberitahu bahawa sedang berlangsung Regatta Sungai Rajang. Keesokan harinya awal pagi saya telah pergi mencari pulut panggang. Kemudian pada tengahari kami mula bertolak dari Sibu ke Bintulu lebih kurang 200 km yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan. Maka boleh dikatakan bahawa jauhnya rumah kami ke rumah nek pak baby dan dina adalah 600 km ++.
Di Bintulu baby dan Dina sempat pergi ke Tumbina (Tumbuhan dan Binatang) Bintulu untuk melihat harimau, beruang, buaya, burung dan lain-lain. Sempat juga kami ke Tanjung Batu melihat laut dan juga waterfront Bintulu.
No comments:
Post a Comment