Sunday, January 16, 2011

Purple


8 Januari yang dinanti telah tiba iaitu kereta viva baru. Seperti yang diinginkan anak-anak warna purple. Warna yang diminati oleh mereka. Kecil tapi cukup untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah selain itu juga memudahkan saya pergi ke pejabat. Bersyukur dengan apa yang ada namun plat no maintain... QSU 7273.

Bermula dengan QCA 7273, QKY7273, QAB7273, QTG7273, QSU7273... koleksi no...



Alhamdulilah

Politeknik Mukah







Dalam sibuk dibicarakan tentang pesawat Air Asia tergelincir saya bersama rakan ditugaskan untuk membuat pemeriksaan aset kerajaan untuk dilupus di Politeknik Mukah. Saya pernah pergi ke Mukah kalau tak salah tahun 2003. Itupun untuk berjalan-jalan sahaja. Kalau disebut pergi ke Mukah sebelum ini satu-satunya perkara yang paling tidak digemari kerana keadaan jalanrayanya yang rosak dan dalam pembinaan. Kalau dari Kuching ambil masa 12 jam sedangkan kalau jalan raya dalam keadaan baik lebih kurang 8 jam. Cara paling cepat untuk pergi ke Mukah ialah dengan menaiki twin otter .. pesawat yang boleh membawa hanya belasan penumpang. Ini merupakan kali pertama saya menaiki pesawat ini kalau tak silap saya pesawat yang paling kecil yang saya pernah naiki ialah Fokker yang lebih besar dari twin otter. Apabila saya sampai ke Mukah saya dapati bahawa bandar Mukah telah banyak berubah dan membangun dengan baik sekali. Ramai rakan-rakan yang mengatakan bahawa Politeknik Mukah adalah politeknik yang cantik. Memang benar kerana saya sendiri telah melihatnya. Mukah adalah sebuah bandar yang terancang. Mukah juga adalah sebuah bandar yang terkenal dengan umai, tebaloi dan ikan serta udang yang segar. Isteri awal berpesan jangan lupa beli umai. Agak malang kerana saya dimaklumkan sudah 4 hari tiada ikan kerana musim landas (tengkujuh) dan saya juga dimaklumkan bahawa umai ada 3 perasa kuahnya iaitu dengan belacan, dengan kacang dan original. Berbalik kepada pengalaman menaiki twin otter, saya dapati ia lebih mencabar kerana bunyi bising dari propeller, hayunan dan hentakan yang kuat apabila angin meniup pesawat. Tapi disebalik itu naik twin otter akan memberikan pengalaman yang mana pesawat terbang tidak tinggi dan kita dapat melihat dengan jelas pemandangan sekeliling. Rasanya ini bukan trip terakhir kerana mungkin ada lagi kerja lain di sana.

Saturday, January 15, 2011

Kehadiran yang dinanti


7 Januari yang lalu mak dan Mahathir telah datang ke Kuching. Tak banyak tempat yang mereka telah pergi. Kehadiran mereka amat dinantikan terutama oleh anak-anak saya. Cuaca tak berapa baik di Kuching. Ada kalanya hujan.... Mak dapatlah bermesra dengan cucu-cucunya. Kami jarang dapat balik ke kampung, maklumlah jauh dan bukan boleh naik kereta sahaja untuk balik kampung. Besar belanja untuk balik kampung. Dikesempatan kali ini kami telah membawa mereka ke Pasir Pandak untuk melihat keindahan pantai. Mereka sepatutnya pulang pada hari Selasa 11 Januari tetapi pada hari tersebut Lapangan Terbang kerana ada pesawat Air Asia tergelincir. Penerbangan mereka ditunda pada hari Khamis 13 Januari 2011. Memang susah kalau ini berlaku kerana tiada alternatif lain. Begitulah susahnya kalau tambang kapalterbang naik...suka atau tidak terpaksalah dibayar kerana tiada pilihan lain.