Monday, September 29, 2014

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat- Pengurusan Jenazah

Sudah lama rasanya tidak menulis. Agak sibuk dengan tugas harian. Kesempatan ini kita berbicara mengenai PISH yang dilancarkan oleh TPM.
Kolej Komuniti Betong KPM baru-baru ini, 27 September 2014 (Sabtu) telah melaksanakan kursus pendek Pengurusan Jenazah bagi kaum Adam dan Kursus Pembuatan Tauhu HALAL bagi kaum Hawa. Kursus tersebut telah mendapat samabutan amat memberangsangkan iaitu seramai 52 orang peserta.







Kursus ini telah dilaksanakan di Masjid Jamek Betong. Semoga kursus ini memberi manafaat kepada pesertanya. Terima kasih kepada pihak JAIS kerana membantu melaksanakan kursus ini.

Thursday, March 27, 2014

Cuti Sekolah di Brunei Darussalam













Cuti sekolah selama seminggu kali ini tidak disia-siakan. Kesempatan ini melawat sebuah negara Islam iaitu Brunei, Suka melihat masjid-masjid yang indah. Apabila menikmati Burger King tiada cukai kerajaan. Sebuah negara Islam yang penuh dengan amalan Islam di stesen radio mau pun rancangan TV.

Thursday, March 20, 2014

Kursus Pendek PSH Tahun 2014 Kolej Komuniti Betong



Belajar adalah satu proses yang tiada pengakhirannya. Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negara China. Tahun 2014 telah bermula dengan baik. Kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Betong mendapat sambutan. Rebutlah peluang yang ada. 

Sunday, March 16, 2014

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)

Idea pelaksanaannya adalah dari ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember 2013. Program yang dicetuskan oleh TPM adalah Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Program ini adalah tujuan utamanya adalah menyebarluaskan pengetahuan ilmu kefahaman kita tentang islam. PISH ini bukan sahaja terfokus kepada ilmu fardu ain dan fardu kifayah malahan juga merangkumi ilmu kemahiran dan keusahawanan. Golongan sasaran adalah belia, pelajar di sekolah agama rakyat atau sekolah pondok, institusi keagamaan seperti surau dan masjid dan juga komuniti setempat.

Pihak Kolej Komuniti Betong telah terpanggil untuk menganjurkan program PISH ini. Pada 13 hingga 16 Mac 2014 satu program yang dipanggil JOM IMARAH MASJID telah dilaksanakan. Program ini telah mendapat kerjasama dari Masjid Jamek Betong, Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Betong (JAIS) dan Jabatan Pertanian Bahagian Betong.








Program JOM IMARAH MASJID melibatkan beberapa aktiviti antaranya ialah kursus penyembelihan halal yang diadakan pada 13 Mac 2014 yang dikendalikan oleh Ustaz Affandi Bin Ismail dari JAIS. Kursus ini melibatkan kuliah dan praktikal bagaimana cara penyembelihan ayam, itik dan kambing yang memenuhi tuntutan syarak. Pada sebelah malam satu kuliah masjid yang bertajuk “Dari mana hendak ke mana” turut diadakan. Majlis juga diisi dengan solat hajat bagi mendoakan penerbangan Malaysia MH370. Selain dari program berbentuk keagamaan, aktiviti kursus pendek kemahiran turut dilaksanakan. Di antara kursus yang dijalankan ialah kursus nasi briyani yang dikendalikan oleh Puan Latifah Yasok pada 13 Mac 2014, kursus Pembuatan Simen Fero yang dikendalikan oleh Encik Joehari dari Kolej Komuniti Betong pada 15 & 16 Mac 2014 dan Kursus Pembuatan Kek Lapis yang dikendalikan oleh Puan Norhayati Binti Arbee dari KEMAS Betong pada 16 Mac 2014. Seramai 80 peserta telah hadir bagi kursus-kursus berkenaan.
Upacara penutupan program telah dijalankan di Masjid Jamek Betong pada 16 Mac 2014 yang telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Kolej Komuniti Betong, Encik Carlos Mikon Misin. Program seumpama ini akan diteruskan lagi di kawasan lain di bahagian Betong pada masa akan datang.

Thursday, February 13, 2014

Kursus Pembuatan Simen Fero di MARDI Saratok, Sessang.


Pada 11 & 12 Februari lalu, pihak Kolej Komuniti Betong telah melaksanakan kursus pendek bagi staf MARDI Saratok. Kursus selama 2 hari ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta. Kursus telah dikendalikan oleh Encik Joehari, pensyarah dari Kolej Komuniti Betong.
Pada hari pertama, peserta telah diajar cara untuk mengikat rangka simen fero.
Kemudian kerja pembancuhan simen bermula dan bermulalah melepar simen.

Kemudian kerja kreativiti bermula.

Hari Kedua kerja-kerja finishing berjalan.



Banyak faedah didapati dari program ini. Selain menyampaikan ilmu, persahabatan turut dijalinkan. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

** Berminat dengan penanaman hidroponik dan aquaponik

Aquaponik : di bahagian bawah ternak ikan di atas tanam sayur 2 in 1

Sunday, January 26, 2014

Crunchy donut

Pada 25 Januari 2014 yang lalu, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Betong telah melapangkan diri untuk bertandang ke MRSM Betong.
Kami telah dijemput untuk mengadakan kursus pendek bagi memenuhi aktiviti keusahawanan. Kami telah mengadakan beberapa kursus pendek yang mana kemahiran tersebut boleh digunakan oleh pelajar apabila membuka gerai jualan. Seramai 95 orang peserta telah terlibat.  
Kursus yang kami jalankan adalah antaranya:
1.       Pembuatan cup cake dan cocktail
2.       Pembuatan begedil daging, homemade spagethi dan crunchy donat
3.       Paper craft


Selain dari mengajar cara menyediakan, kami juga menerapkan serba sedikit ilmu keusahawanan seperti bagaimana untuk mengira untung dan rugi sebagai contoh mengira kos pembuatan crunchy donat di mana didapai kosnya adalah RM4.80 seadunan dan boleh menghasilkan sebanyak 24 biji donat. Sekiranya dijual RM1 bagi 3 biji maka keuntungan adalah (24/3 x RM1) – RM 4.80 = RM 3.20

Crunchy Donut
Bahan-bahan
1.      Butter  block
2.      2 cawan tepung gandum atau tepung serbaguna berpenaik
3.      1 biji telur
4.      2 cawan air
5.      1 sudu teh esen vanilla
6.      Gula ising
7.      Minyak masak

Cara menyediakan
1.      Cairkan butter bersama air dan masukkan sedikit esen vanilla
2.      Setelah cair masukkan tepung secukupnya
3.      Setelah sebati tutup api dan masukkan 1 biji telur
4.      Ulikan dan tambah tepung sekiranya perlu
5.      Cetak menggunakan acuan donat
6.      Gorengkan dan taburkan gula ising pada donat yang telah digoreng tadi