Pada 25 Januari 2014 yang lalu, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) Kolej Komuniti Betong telah melapangkan diri untuk bertandang ke MRSM
Betong.
Kami telah dijemput untuk mengadakan kursus pendek bagi
memenuhi aktiviti keusahawanan. Kami telah mengadakan beberapa kursus pendek
yang mana kemahiran tersebut boleh digunakan oleh pelajar apabila membuka gerai
jualan. Seramai 95 orang peserta telah terlibat.
Kursus yang kami jalankan adalah antaranya:
1. Pembuatan cup cake dan cocktail
2. Pembuatan begedil daging, homemade spagethi dan
crunchy donat
3. Paper craft
Selain dari mengajar cara menyediakan, kami juga menerapkan
serba sedikit ilmu keusahawanan seperti bagaimana untuk mengira untung dan rugi sebagai contoh mengira kos pembuatan
crunchy donat di mana didapai kosnya adalah RM4.80 seadunan dan boleh
menghasilkan sebanyak 24 biji donat. Sekiranya dijual RM1 bagi 3 biji maka
keuntungan adalah (24/3 x RM1) – RM 4.80 = RM 3.20
Crunchy Donut
Bahan-bahan
1.
Butter
block
2.
2 cawan
tepung gandum atau tepung serbaguna berpenaik
3.
1 biji
telur
4.
2 cawan
air
5.
1 sudu
teh esen vanilla
6.
Gula
ising
7.
Minyak
masak
Cara menyediakan
1.
Cairkan
butter bersama air dan masukkan sedikit esen vanilla
2.
Setelah
cair masukkan tepung secukupnya
3.
Setelah
sebati tutup api dan masukkan 1 biji telur
4.
Ulikan
dan tambah tepung sekiranya perlu
5.
Cetak
menggunakan acuan donat
6.
Gorengkan
dan taburkan gula ising pada donat yang telah digoreng tadi
No comments:
Post a Comment