Pada 18 November 2013 (Isnin) satu majlis
yang sangat bermakna bagi komuniti parlimen P201 Batang lupar telah diadakan.
Majlis tersebut adalah Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar 1
Malaysia. Rumah Panjang Munggu Ruan Muton, Pusa telah dipilih untuk menjadi
destinasi persinggahan konvoi tersebut. Program Rakan Alam Sekitar (RAS)
merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam
membangunkan kesedaran dan mengerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti
pemuliharaan alam sekitar.
RAS melibatkan anggota masyarakat scara hands-on iaitu menjadi ‘mata-telinga’
untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras
kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Program ini
merupakan program yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Bagi parlimen P201 Batang Lupar, program ini
telah digerakkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong yang
diketuai oleh Jurutera Bahagian Betong, Puan Hidayati Binti Ismail. Tujuan
utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran alam sekitar di setiap
lapisan masyarakat. Ia juga untuk menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan
masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar
yang dikongsi bersama. Program ini juga menyediakan saluran yang tepat bagi
masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada
agensi-agensi kerajaan berkenaan.
Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat bagi
program ini adalah gotong-royong oleh penduduk rumah panjang dan juga oleh
pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Betong. Gotong-royong dijalankan dengan
dilakukan kerja pembersihan di sekitar rumah panjang. Selain dari menanam sifat
cintakan kebersihan, aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan di antara
penduduk rumah panjang dan agensi kerajaan. Selepas aktiviti gotong-royong
selesai, program diteruskan dengan upacara perasmian. Ucapan perasmian telah
dilakukan dengan pembacaan teks ucapan Dato’ Sri Rohani Hj Abd Karim, Ahli
Parlimen bagi P201 Batang Lupar oleh Encik Saifudin Hj Matsah yang merupakan
Setiausaha Sulit YB Dato’ Sri Rohani Hj Abd Karim. Acara kemuncak adalah
merupakan majlis simbolik penanaman pokok oleh Encik Saifudin Hj Matsah.
Di dalam program ini penduduk dari rumah panjang dan
peserta dari Kolej Komuniti Betong diberi peluang untuk memohon manjadi Rakan
Alam Sekitar. Sesungguhnya program ini memberi manafaat kepada semua yang telah
hadir di dalam program ini.
No comments:
Post a Comment