PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG HAYAT
PROGRAM JOM IMARAH
MASJID
MASJID RAHMANIAH
KAMPUNG PUSA
16 & 17 MEI 2015
SEMPENA ISRAK MIKRAJ
ANJURAN KOLEJ
KOMUNITI BETONG, KPM
BERSAMA ADUN N24
BETING MARO, YB HJ RAZAILI HJ GAPOR
Kolej Komuniti Betong meneruskan lagi
tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat Bahagian Betong melalui Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat. Kali ini program yang dianjurkan adalah “JOM IMARAH
MASJID KG PUSA”.
Program ini dilaksanakan selama dua
hari iaitu pada 16 & 17 Mei 2015 sempena menyambut peristiwa Israk dan
Mikraj. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya adalah
kursus-kursus pendek seperti penyembelihan HALAL, masakan Nasi Dagang,
Pembuatan Bun, Pembuatan Kek dan Dekorasi Kek, Pembuatan Produk Soya dan
Pembuatan Simen Fero.
Seramai 332 orang peserta telah
hadir untuk mengikuti kursus yang dianjurkan. Selain dari kursus-kursus pendek
yang dianjurkan, pihak Kolej Komuniti Betong juga telah berkerjasama dengan
pihak Jabatan Kesihatan Betong untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada
komuniti setempat. Program ini melibatkan pelbagai pihak seperti Jabatan Agama
Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kesihatan Betong, ADUN N24 Beting Maro dan JK
Masjid Rahmaniah Kampung PUSA. Program ini merupakan program kedua selepas
program PISH di Kampung Beladin pada 28 Februari dan 1 Mac 2015 yang lalu.
Sambutan komuniti setempat sangat menggalakkan.
Pada hari pertama pengisian aktiviti
dimulakan dengan kursus pendek penyembelihan HALAL yang dikendalikan oleh Ustaz
Affandi Ismail dari JAIS, bagi kaum ibu kursus masakan Nasi Dagang dikendalikan
oleh Hajah Latifah Yasok dan pembuatan Bun dikendalikan oleh Cik Nur Ain Aulia
manakala kaum lelaki pula kursus pembuatan simen fero dikendalikan oleh
pensyarah dari Kolej Komuniti Encik Adi Faiz bin Ramlan. Pada sebelah malam
dijalankan pula cermah agama Israk Mikraj oleh pegawai dari JAIS yang turut
dihadiri oleh ADUN N24 YB Hj Razaili Hj Gapor. Pada hari kedua, program
diteruskan dengan kursus pendek pembuatan produk soya dan dekorasi kek bagi
kaum ibu.
Majlis Perasmian Penutupan telah
disempurnakan oleh ADUN N24 Beting Maro, Hj Razaili Hj Gapor. Dalam ucapan
beliau menyeru komuniti Kg Pusa memanafaatkan ilmu yang diperolehi dengan
memulakan perniagaan. Yang Berhormat memaklumkan bahawa pada bulan Ramadhan
akan diwujudkan Bazar Ramdahan untuk memberi peluang penduduk Kg Pusa
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari seperti menjual air soya, tauhu, nasi
dagang, cup cake,bun dan sebagainya. Yang Berhormat juga berharap agar
kerjasama yang dijalinkan di antara agensi bagi menjayakan program ini dapat
diteruskan untuk program yang seterusnya bagi Kampung lain di DUN N24 Beting
Maro. Sesungguhnya program ini amat bermanafaat kepada komuniti setempat.
Sebelum itu ucapan alu-aluan oleh wakil Pengarah Kolej Komuniti Betong yang
juga merupakan Penyelaras Program Pendidikan Sepanjang Hayat, Encik Fadil bin
Aziz menyeru agar komuniti setempat memanafaatkan kemudahan yang disediakan
oleh pihak kerajaan seperti peluang belajar sepenuh masa di Kolej Komuniti
Betong di dalam bidang Lukisan Senibina yang akan membuat pengambilan pelajar
baru pada hujung bulan Jun ini. Bantuan kewangan akan diberikan kepada pelajar
yang layak.
No comments:
Post a Comment