Monday, November 30, 2015

Aktiviti PSH November 2015


Tahun 2015 sudah hampir ke penghujungnya. Aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kolej Komuniti Betong diakhiri dengan dua aktiviti iaitu Program PSH di Kg Kalok, Pusa dan kursus Jahitan JTK di Kolej Komuniti Betong.

Pada 7 dan 8 November 2015 telah berlangsung Program PSH di Kampung Kalok, Pusa. Program ini adalah kerjasama di antara Kolej Komuniti Betong dan YB Hj. Razaili ADUN N24 Beting Maro. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan kemahiran kepada penduduk-penduduk Kampung Kalok, Pusa. Di antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah Pembuatan Produk Soya (28 peserta), Keropok Lekor (28 peserta) dan Pembuatan Simen Ferro (9 peserta). Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YB Hj. Razaili. Program seperti ini memberi banyak manafaat kepada pesertanya.  







Satu kursus jahitan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Bahagian Betong telah diadakan pada 23 hingga 26 November 2015 di Kolej Komuniti Betong. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran menjahit kepada peserta  1 Azam. Antara kursus-kursus jahitan yang terlibat ialah jahitan Dress Modern, jahitan skirt dan jahitan tudung. Seramai 6 peserta terlibat di dalam kursus ini yang telah diajar oleh Cik Dayang Zulina Abang Morni. Para peserta menunjukkan minat dan komitmen tinggi. Diharapkan program ini dapat membantu peserta-peserta meningkatkan kemahiran dan sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Upacara penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Betong, Encik Carlos Mikon Misin.







Tuesday, November 17, 2015

Kejayaan UPSR 2015


Tanggal 17 November 2015 merupakan tarikh UPSR 2015 diumumkan. Sebagai ibubapa sudah tentu kita berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan anak kita. Alhamdulillah Jazmina Nazurah berjaya mendapat 5A. Sudah tentu hasil usahanya sendiri. Berkat kegigihan membuat banyak latihan dan juga bantuan dari guru-guru di Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong. Teringat pula arwah ayah Haji Aziz yang gembira mendapat keputusan anaknya kini dirasai oleh ku sendiri. Semoga Jazmina Nazurah akan terus menempa kejayaan di masa akan datang. Amin.