Tahun 2015 sudah hampir ke penghujungnya. Aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kolej Komuniti Betong diakhiri dengan dua aktiviti iaitu Program PSH di Kg Kalok, Pusa dan kursus Jahitan JTK di Kolej Komuniti Betong.
Pada 7 dan 8 November 2015 telah berlangsung Program
PSH di Kampung Kalok, Pusa. Program ini adalah kerjasama di antara Kolej Komuniti
Betong dan YB Hj. Razaili ADUN N24 Beting Maro. Tujuan utama program ini adalah
untuk memberikan kemahiran kepada penduduk-penduduk Kampung Kalok, Pusa. Di
antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah Pembuatan Produk Soya (28
peserta), Keropok Lekor (28 peserta) dan Pembuatan Simen Ferro (9 peserta).
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YB Hj. Razaili. Program
seperti ini memberi banyak manafaat kepada pesertanya.
Satu kursus jahitan dengan kerjasama Jabatan Tenaga
Kerja Bahagian Betong telah diadakan pada 23 hingga 26 November 2015 di Kolej
Komuniti Betong. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran menjahit
kepada peserta 1 Azam. Antara
kursus-kursus jahitan yang terlibat ialah jahitan Dress Modern, jahitan skirt dan jahitan tudung. Seramai 6 peserta
terlibat di dalam kursus ini yang telah diajar oleh Cik Dayang Zulina Abang
Morni. Para peserta menunjukkan minat dan komitmen tinggi. Diharapkan program
ini dapat membantu peserta-peserta meningkatkan kemahiran dan sekaligus dapat
meningkatkan taraf hidup mereka. Upacara penutupan telah disempurnakan oleh
Pengarah Kolej Komuniti Betong, Encik Carlos Mikon Misin.
No comments:
Post a Comment