Monday, May 16, 2011

Hari Keluarga JKM 2011



Pada 15 Mei 2011 (ahad) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan Hari Keluarga yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan muhibbah. Hari Keluarga telah dijalankan di Kampung Pasir Panjang yang berhampiran dengan Kampung Pasir Pandak. Pelbagai acara sukaneka telah dijalankan antaranya Bowling kelapa, Lari keretapi, kepit belon, pakaian beragam, istana pasir dan lain-lain lagi. Saya dan isteri telah menyertai acara bowling kelapa manakala baby menyertai pakaian beragam. Isteri saya telah menjadi juara bowling kelapa dan baby dapat tempat ketiga. Selain dari sukaneka diadakan juga bbq.... saya cuma makan sahaja. Apa-apa pun objektif tercapai walaupun bukan dijalankan di hotel seperti selalu.






*** Hari Keluarga membolehkan kita kenal ahli keluarga rakan sekerja kita

No comments:

Post a Comment