Monday, November 20, 2017

Cabinet Away Day 2017 di Kampung Lereng Bukit, Miri







Pada 20 November 2017 berlangsung satu majlis ringkas melawat rumah yang dibaiki di bawah program CSR Touch Point Cabinet Away Day 2017 bersama YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Semoga program ini memberi manafaat kepada penerimanya...

Friday, July 7, 2017

Aidilfitri 2017

1 Syawal tahun ini disambut di Segamat. Melawat sanak saudara di kampung terutama pak cik dan mak cik. Sudah tentu seronok menyambutnya bersama mak dan adik-beradik. Jauh disudut hati sedih tetap ada mengingatkan ayah yang sudah tiada. Anak-anak semakin membesar dan ini bermakna usia sendiri dah semakin meningkat. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik. Semoga mak terus dikurniakan kesihatan yang baik.





Monday, June 12, 2017

Program Bakti Kolej Komuniti Kepada Komuniti BAKTI@KK 2.0 Tahun 2017

Pada 10 Jun 2017 (Sabtu) telah berlangsung program Bakti Kolej Komuniti kepada Komuniti bagi tahun 2017 yang merupakan kesinambungan program yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuching pada tahun 2016.
Kali ini Kolej Komuniti Miri telah diamanahkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak untuk melaksanakan program BAKTI@KK 2.0. Pelbagai pengisian telah dibuat antaranya Majlis Perasmian program pada jam 10 pagi oleh Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin yang merupakan Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri. Dalam majlis ini sumbangan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Sarawak yang kurang bernasib baik dan juga bantuan kepada ahli komuniti yang kurang berkemampuan. Kolej Komuniti Miri sangat berterima kasih kepada penyumbang program ini seperti Hiz Petro Enterprise, PS Jalan Bintang Miri, Lembaga Tabung Haji dan BSN Kuching. Selepas majlis berkenaan diteruskan dengan acara Ramadhan Tour Memories 2.0 (RTM 2.0) di mana rombongan Van Kolej Komuniti Wilayah Sarawak mengagihkan bantuan ke rumah mereka yang memerlukannya. Kemudian acara rewang bubur lambuk dijalankan dengan kerjasama Masjid Ar-Rayyan Permyjaya. Semoga program ini akan dapat diteruskan pada tahun hadapan. Sikit sama dirasa... yang penting ikhlas.