Tuesday, September 27, 2011

Bengkel penyediaan dokumen MQA02

Bila menyebut tentang MQA sudah tentu sesuatu yang menuntut kepada kesabaran. Pelabagai dokumen perlu disediakan dan akan melibatkan audit pematuhan. Itu semua akan berlaku 2012. Kali ini saya menghadiri satu bengkel yang agak berat tajuknya. Bengkel ini diadakan di Primula Beach Resort Kuala Terengganu. Dapat juga bertemu dengan rakan-rakan lama. Banyak input yang diperolehi dan banyak juga tugas-tugas tambahan yang perlu dilaksanakan. Ini semuanya untuk memastikan Program yang ditawarkan mendapat akreditasi oleh MQA. Saya bertanggungjawab ke atas program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Berat juga tanggungjawab dipikul semoga dipermudahkan oleh Allah.

Friday, September 23, 2011

Sungai Petani

Pada minggu ini saya telah menghadiri mesyuarat anjuran Politeknik Seberang Perai. Apa yang menarik mesyuarat ini diadakan di Park Avenue hotel Sungai Petani, Kedah. Kenapa menarik? Menyeramkan adalah... Berlaku satu pembunuhan seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Mangsa diikat tangannya dan ditembak. Seram sejuk juga tinggal di hotel tersebut. Kejadian hanya diketahui pada pagi Selasa, saya check in pukul 11 malam hari Isnin. Apa pun segalanya ok. Saya telah check out awal pagi hari Jumaat jam 6 sebab nak kejar flight Alor Setar-KL jam 8.30 pagi. Menarik juga mesyuarat kali ini dapat jumpa kawan lama. Walaupun tak berkesempayan untuk berjalan-jalan puas hati kerana dah sampai Alor Setar dan Sungai Petani. Dapat pergi rumah kawan lama Che Ghani di Sungai Petani. Sampai di LCCT saya terus pergi ke Putrajaya jumpa kawan baik org kata bff... jumpa kerana kawan, Shah Nazim akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini. Flight beliau dijangka pada 2 Oktober...semoga beliau dan isteri dipermudahkan segala urusan. Amin... Lepas tu apa lagi ambik bas Cepat Ekspress ke Segamat. Tak balik Kuching kerana next week ada bengkel penyediaan dokumen MQA2  di Primula Resort Kuala Terengganu 26-29 September 2011.