Tuesday, August 10, 2021

Covid-19 berterusan 2019, 2020, 2021 ........

 Telah masuk bulan Ogos 2021 bermakna dah lebih 2 tahun pandemik COVID-19 telah melanda dunia. Kadar kes pun telah mencecah 20,000 kes sehari kes kematian pun meningkat. Mujurlah kadar vaksinansi telah meningkat. Syukur kerana saya telah lengkap menerima 2 dos vaksinasi Sinovac. Begitu juga isteri dan anak-anak telah lengkap 2 dos vaksinasi Sinovac. Kami sekeluarga menerima dos vaksin yang sama iaitu Sinovac.




 Semoga pandemik ini boleh berakhir. Apa yang penting adalah menjaga SOP dan jaga jarak agar terhindar dari ancaman COVID-19.

* Pandemik-19 mengajar kita akan erti kbebasan diri. Dulu kita tak rasa yang kita hidup sebebas-bebasnya namun bila COVID-19 melanda kita sudah tidak bebas. 

Wednesday, May 6, 2020

Kembali bertugas ke Politeknik Kuching Saarawak

Assallamualikum
Sudah lama tak menulis
Semenjak keluar dari Politeknik Kuching Sarawak pada Disember 2012 telah tiga organisasi disertai.

1. Kolej Komuniti Betong 2012-2015
2. Kolej Komuniti Miri 2016-2018
3. Kolej Komuniti Kuching 2019-April 2020

Banyak pengalaman telah ditimba. Kini kembali untuk mengajar semula di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak. Bertugas semula dalam suasana tidak stabil iaitu penular COVID-19. Dalam keadaan PKP _(Perintah Kawalan Pergerakan) atau MCO (Movement Control Order)

Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar tambahan bulan ini bulan yang mulia bulan Ramadhan.

Friday, October 19, 2018

Majlis Dialog Bersama Industri Majlis Menandatangani C.O.C Kolej Komuniti Miri tahun 2018










Pada 18.10.18- 18 hb Oktober 2018 telah berlangsung Majlis Dialog Bersama Industri dan Majlis Menandatangani C.O.C Kolej Komuniti Miri tahun 2018.

Program diadakan di Kolej Komuniti Miri. Program ini dimulakan dengan Dialog bersama industri di mana industri-industri berkenaan adalah:
1. DOC Furniture-Mr. Edwin Chai
2. AMW Sdn Bhd-IR. Assoc. Prof. Dr. Edwin Jong Nyon Tchan
3. Advance Borneo Engineering Sdn Bhd-Encik Zulkifli Bin Aziz

Selepas selesai Majlis Dialog Bersama Industri berlangsung pula majlis perasmian yang dirasmikan oleh wakil residen Bahagian Miri, Tuan Ezra
Kemudian diikuti dengan Majlis Menandatangani C.O.C bersama 4 syarikat iaitu:
1. Encik Edwin Chai
Pengurus D.O.C Furniture
2. Encik Terry Choo
Pengurus Beyond ID Company
3. Encik Zulkifli Bin Aziz
mewakili Pengarah Advance Borneo Engineering Sdn Bhd
4. Datuk George Ling Kien Sing
Penasihat Technical Engineering Safety Training (TEST PLT)

Majlis diakhiri dengan perasmian majalah Kolej Komuniti Miri yang dinamakan DIKARA

Semoga Kolaborasi ini akan memantapkan dan memajukan lagi Kolej Komuniti Miri.


Wednesday, September 26, 2018

Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Psikologi







26 dan 27 September telah diadakan Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Psikologi. Pegawai dari Kolej Komuniti Sarawak, Kolej Komuniti Tawau dan pegawai dari JPPKK turut hadir. Selain dari mesyuarat, perkongsian ilmu juga diadakan semasa bengkel oleh pegawai dari Kolej Komuniti Selayang dan Kolej Komuniti Hului Langat. Semoga memberi manafaat kepada semua yang hadir.

Tuesday, September 25, 2018

Program Pertandingan Inovasi & Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Sarawak (ReInoTech CC 2018)







Satu program Pertandingan Inovasi & Seminar Penyelidikan bagi Kolej Komuniti Negeri Sarawak telah diadakan pada 20 September 2018 di Pustaka Negeri Sarawak. Program ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah dari Kolej Komuniti Negeri Sarawak. 2 kategori inovasi telah dipertandingkan iaitu Inovasi Sains Sosial/Pengurusan dan Inovasi Sains Teknikal (produk & ciptaan). Kedua-dua kategori tersebut telah dimenangi oleh Kolej Komuniti Miri. Sebanyak 14 kertas kajian telah dibentang pada hari berkenaan. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Miri mewakili Residen Bahagian Miri. Majlis turut dihadiri oleh Dr Ishak Pengarah Pusat Penyelidikan & Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, KPM.
Semoga program ini memberi manafaat kepada semua yang menyertainya. 

Monday, September 17, 2018

Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri

Pada 9 September 2018 telah berlangsung Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri yang berlangsung di Kampung Lembah Hijau.

Program ini bermula dengan mesyuarat bersama JK Pelaksana di Kolej Komuniti Miri pada 29Ogos 2018

Kemudian Perasmian program di UNIMAS Kuching oleh Ketua Menteri Sarawak dan dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia. Satu sesi bersama Menteri Pendidikan Malaysia telah diadakan di bilik Seringit UNIMAS sebelum upacara perasmian.


Program Kembara Siswa Patriotik 2018 Siswa Bersama Komuniti Zon Miri pada 9 September 2018 telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Miri iaitu Puan Sherrina Bt Hussaini




Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya:
1. Kenduri Rakyat
2. Pembinaan Taman Herba 
3. Gotong Royong
4. Kelas Bimbingan UPSR
5. Kursus Pendek kepada penduduk Kampung
6. Pemeriksaan Kesihatan oleh KOSPEN



Seramai 100 siswa dan siswi dari Kolej Komuniti Miri, IKBN, IPG Miri telah terlibat semasa program.








Program ini sangat baik dalam mengujudkan semangat kesukarelawan dan merapatkan hubungan di antara pelajar dan masyarakat.


Video pelaksanaan program boleh juga dicapai di https://youtu.be/uShA1y07CyM

Semoga program ini memberi manafaat kepada semua.