Tuesday, September 25, 2018

Program Pertandingan Inovasi & Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Sarawak (ReInoTech CC 2018)







Satu program Pertandingan Inovasi & Seminar Penyelidikan bagi Kolej Komuniti Negeri Sarawak telah diadakan pada 20 September 2018 di Pustaka Negeri Sarawak. Program ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah dari Kolej Komuniti Negeri Sarawak. 2 kategori inovasi telah dipertandingkan iaitu Inovasi Sains Sosial/Pengurusan dan Inovasi Sains Teknikal (produk & ciptaan). Kedua-dua kategori tersebut telah dimenangi oleh Kolej Komuniti Miri. Sebanyak 14 kertas kajian telah dibentang pada hari berkenaan. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Miri mewakili Residen Bahagian Miri. Majlis turut dihadiri oleh Dr Ishak Pengarah Pusat Penyelidikan & Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, KPM.
Semoga program ini memberi manafaat kepada semua yang menyertainya. 

No comments:

Post a Comment