Friday, September 23, 2011

Sungai Petani

Pada minggu ini saya telah menghadiri mesyuarat anjuran Politeknik Seberang Perai. Apa yang menarik mesyuarat ini diadakan di Park Avenue hotel Sungai Petani, Kedah. Kenapa menarik? Menyeramkan adalah... Berlaku satu pembunuhan seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Mangsa diikat tangannya dan ditembak. Seram sejuk juga tinggal di hotel tersebut. Kejadian hanya diketahui pada pagi Selasa, saya check in pukul 11 malam hari Isnin. Apa pun segalanya ok. Saya telah check out awal pagi hari Jumaat jam 6 sebab nak kejar flight Alor Setar-KL jam 8.30 pagi. Menarik juga mesyuarat kali ini dapat jumpa kawan lama. Walaupun tak berkesempayan untuk berjalan-jalan puas hati kerana dah sampai Alor Setar dan Sungai Petani. Dapat pergi rumah kawan lama Che Ghani di Sungai Petani. Sampai di LCCT saya terus pergi ke Putrajaya jumpa kawan baik org kata bff... jumpa kerana kawan, Shah Nazim akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini. Flight beliau dijangka pada 2 Oktober...semoga beliau dan isteri dipermudahkan segala urusan. Amin... Lepas tu apa lagi ambik bas Cepat Ekspress ke Segamat. Tak balik Kuching kerana next week ada bengkel penyediaan dokumen MQA2  di Primula Resort Kuala Terengganu 26-29 September 2011. 

1 comment:

  1. Terima kasih di atas doa tulus ikhlas dari saudara!

    Semoga saudara suami isteri menyusul ke tanah suci Mekah

    ReplyDelete