Monday, June 12, 2017

Program Bakti Kolej Komuniti Kepada Komuniti BAKTI@KK 2.0 Tahun 2017

Pada 10 Jun 2017 (Sabtu) telah berlangsung program Bakti Kolej Komuniti kepada Komuniti bagi tahun 2017 yang merupakan kesinambungan program yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuching pada tahun 2016.
Kali ini Kolej Komuniti Miri telah diamanahkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak untuk melaksanakan program BAKTI@KK 2.0. Pelbagai pengisian telah dibuat antaranya Majlis Perasmian program pada jam 10 pagi oleh Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin yang merupakan Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri. Dalam majlis ini sumbangan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Sarawak yang kurang bernasib baik dan juga bantuan kepada ahli komuniti yang kurang berkemampuan. Kolej Komuniti Miri sangat berterima kasih kepada penyumbang program ini seperti Hiz Petro Enterprise, PS Jalan Bintang Miri, Lembaga Tabung Haji dan BSN Kuching. Selepas majlis berkenaan diteruskan dengan acara Ramadhan Tour Memories 2.0 (RTM 2.0) di mana rombongan Van Kolej Komuniti Wilayah Sarawak mengagihkan bantuan ke rumah mereka yang memerlukannya. Kemudian acara rewang bubur lambuk dijalankan dengan kerjasama Masjid Ar-Rayyan Permyjaya. Semoga program ini akan dapat diteruskan pada tahun hadapan. Sikit sama dirasa... yang penting ikhlas.

















 

No comments:

Post a Comment