Monday, May 16, 2011

Hari Keluarga JKM 2011



Pada 15 Mei 2011 (ahad) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan Hari Keluarga yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan muhibbah. Hari Keluarga telah dijalankan di Kampung Pasir Panjang yang berhampiran dengan Kampung Pasir Pandak. Pelbagai acara sukaneka telah dijalankan antaranya Bowling kelapa, Lari keretapi, kepit belon, pakaian beragam, istana pasir dan lain-lain lagi. Saya dan isteri telah menyertai acara bowling kelapa manakala baby menyertai pakaian beragam. Isteri saya telah menjadi juara bowling kelapa dan baby dapat tempat ketiga. Selain dari sukaneka diadakan juga bbq.... saya cuma makan sahaja. Apa-apa pun objektif tercapai walaupun bukan dijalankan di hotel seperti selalu.






*** Hari Keluarga membolehkan kita kenal ahli keluarga rakan sekerja kita

Tuesday, May 10, 2011

Hari Ibu



Ibu adalah insan yang amat bermakna bagi kita. Jasa beliau melahirkan kita tidak akan dapat kita balas. Adakah cukup dengan menyambut Hari Ibu? Sudah tentu tidak... Apa pun ingatan adalah perlu. Adalah menjadi kebanggaan ibu melihat kejayaan anak-anaknya.



** Hanya dapat ucap sahaja ...... jauh di mata dekat di hati

Lawatan Ketua Setiusaha KPTM







Pada Jumaat lepas Politeknik Kuching telah dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ab Rahim Bin Md Noor. Majlis yang diadakan untuk beliau adalah Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei. Pelbagai perkara yang telah disampaikan beliau antaranya ingin menjadikan KPTM sebagai Kementerian Pujaan. Beliau juga inginkan website semua agensi di bawah KPTM mendapat tempat 2-70 manakala bagi KPTM sendiri no 1. Apa yang menarik perhatian ialah berkenaan konsep SES iaitu Strategize, Energize dan Synergize.

Itulah konsep yang mana beliau ingin terapkan. Beliau mahu menggunakan semua sumber yang ada untuk mengangkat nama KPTM.


*** Ada wang/peruntukan semua boleh jadi