Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 2012


Tahun genap 2012 merupakan giliran saya berhari raya di sebelah isteri. Tahun ini ada sedikit kelainan di mana jikalau dahulu dua atau tiga hari sebelum raya kami akan berkereta selama 8 jam ke Bintulu. Tahun ini kami bermula pada hari raya pertama dengan seawal pukul 6 pagi dari Betong ke Sibu (170 km) tiba di Sibu pukul 7.40 pagi dan terus sembahyang sunat Aidilfitri di masid jamek Sibu. Pada petang hari raya kedua kami sekeluarga bersama bapa mertua telah pergi ke Bintulu (220 km) ambil masa 3 jam memandu. Sesungguhnya memandu  di Sarawak tidak seselesa seperti di Semenanjung Malaysia. Kami akan beraya di Bintulu sehingga hari Khamis dan pulang ke Betong, yang mana perjalanannya akan mengambil masa 5 jam lebih. Hari Jumaat pula kami akan ke Kuching (260 km) mengambil masa 3 jam setengah. Mungkin beraya ke rumah sanak saudara dan kawan-kawan.
Diharapkan keluarga di Segamat gembira di tahun ini. Tidak lupa ayahanda yang telah tiada doa sahaja yang dapat diberikan.