Wednesday, March 11, 2015

Pelaporan Aktiviti






Setiap kali selesai aktiviti sudah semestinya perlu disediakan pelaporan. Ini bertujuan untuk melihat sejauhmana objektif kursus tercapai. Untuk melengkapkan lagi pelaporan, sisipan atau keratan akhbar merupakan satu bonus bagi pelaporan tersebut.

Pada tahun ini sehingga Mac beberapa aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu:

1. Kursus Pembuatan Kek Buah bagi warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Lingga, Sri Aman pada 5 Feb 2015 - Keratan Akhbat Utusan Sarawak bertarikh 11 Feb 2015

2. Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Surau Kg Hulu Beladin. PUSA pada 28 Feb & 1 Mac 2015  - Keratan Akhbat Utusan Sarawak bertarikh 3 Mac 2015

3. Bengkel Masakan SIHAT di Sekolah Kebangsaan Batang Ai, Sri Aman pada 9 MAc 2015 - Keratan Akhbat Utusan Sarawak bertarikh 12 Mac 2015

Tujuan utama pelaporan di akhbar agar komuniti tahu bahawa pihak Kolej Komuniti atau kerajaan ada menyediakan kursus-kursus pendek kepada komuniti. Semoga dengan ada berita seperti ini, pihak komuniti mengambil kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu.


Monday, March 2, 2015

Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Kg Beladin

Pada 28 Februari hingga 1 Mac 2015 telah berlangsung program Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Surau Kampung Hulu Beladin anjuran Kolej Komuniti Betong dengan kerjasama JK Pengurusan Surau Kampung Hulu Beladin. Program tersebut telah melibatkan seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada komuniti di sekitar Kampung Beladin.
Program yang berlangsung selama dua hari ini padat dengan pelbagai jenis aktiviti di antaranya kursus-kursus pendek yang berteraskan keagamaan dan kemahiran. Di antara kursus-kursus yang dijalankan ialah penyembelihan HALAL, pengurusan jenazah, masakan Nasi dagang, pembuatan Tauhu, pembuatan bun, cup cake dan tart telur dan pembuatan simen fero. Selain dari kursus-kursus pendek juga dijalankan aktiviti seperti Qasidah dan ceramah agama yang dipimpin oleh Ustaz Affandi dari JAIS bahagian Betong. Majlis ini berlangsung di sebelah malam pada 28 Februari 2015. Sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat yang mana memenuhi perkarangan surau untuk menyaksikan persembahan Qasidah oleh anak-anak dan juga ceramah oleh Ustaz Affandi.
Tujuan utama program ini ialah untuk mempergiatkan aktiviti di surau dan juga untuk merapatkan lagi hubungan masyarakat dengan agensi kerajaan dan juga pemimpin setempat. Program ini telah mendapat sokongan yang kuat dari Ahli Dewan Undangan Negeri N.24 Beting Maro YB Dr Haji Razaili bin Haji Gapor. Beliau telah bersama-sama komuniti sepanjang dua hari beramah mesra dan merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival PISH pada 1 Mac 2015. Encik Fadil bin Hj. Aziz yang merupakan Penyelaras PSH telah mewakili Pengarah Kolej Komuniti Betong untuk bersama-sama memeriah majlis perasmian berkenaan.
YB Dr Hj Razaili di dalam ucapan perasmiannya berharap agar ilmu yang diperolehi semasa program ini digunakan untuk memulakan perniagaan. Beliau amat menggalakkan agar penduduk kampung terlibat dengan keusahawanan yang mana ianya akan meningkatkan taraf hidup mereka. Yang Berhormat juga berharap agar program ini dapat diteruskan ke kawasan lain seperti di Pusa yang mana ianya akan memberikan banyak manafaat kepada komuniti sekeliling.