Friday, August 20, 2010

Induksi kurikulum baru

Setelah terlibat dengan penjajaran semula kurikulum bagi Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) bagi tujuan pengiktirafan oleh MQA/JPA...Rasanya belum selesai lagi walaupun dah hampir 2 tahun terlibat... Tahun lepas hampir setiap bulan saya ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat, kali terakhir adalah pada tahun ini bulan jun seminggu di Dorsett Regency dan seminggu lagi di Seri Cempaka Suite Cheras (2 minggu berturut-turut). Kalau diingat kembali pada bulan ramadhan tahun lepas, 1 minggu saya berpuasa di Hotel Dorsett Regency Bukit Bintang... seronok jugak sebab setiap kali berbuka puasa dihiburkan oleh Dee "jangan ketawa" dengan artist jemputan dia seperti salamiah hassan . Nampaknya kali ini terpaksa jugak meninggalkan keluarga tapi tak lama 2 malam aje. Ini kerana ada bengkel induksi kurikulum baru bagi kursus Sains Kejuruteraan bagi Jabatan Matematik, Sains & Komputer. Kali ni di Hotel Quality Shah Alam 24-26 ogos...nampaknya tak berpeluanglah nak shopping di SOGO...

Naik pangkat


Dah hampir 12 tahun berkhidmat barulah ada peluang untuk melalui proses permohonan kenaikan pangkat. Bermula dengan mengisi borang bulan Februari dan bulan Ogos ini barulah dipanggil untuk sesi validasi kriteria kecemerlangan dan pencerapan P & P. Tak seperti di skim DG time based tapi bagi skim DH agak sukar nampaknya. Diharapkan bulan ramadhan ini membawa rezeki dan tuah. Pengalaman divalidasi sangat berguna... ditanya tentang 2 invosi yang telah dibuat, 1 kajian yang pernah didokumenkan, 1 penerbitan, 2 pembentangan dan tak lupa juga sumbangan yang telah dibuat. Sesi pencerapan agak mendebarkan dengan dicerap oleh pensyarah pakar DH 52 berpeluh juga dibuatnya. Kalau direnung balik ... kenapa disukarkan? Hanya pengurusan atasan sahaja yang memahaminya.
*** Kalau gagal nak cuba lagi ke??

Monday, July 19, 2010

Bolasepak Liga M


Piala Dunia telah tamat. Untuk menghilang rasa rindu menonton bolasepak saya telah pergi ke stadium untuk melihat perlawanan di antara Sarawak dan USM Pulau Pinang. Keadaan tidaklah sebising di Afrika Selatan tiada bunyi tiupan tetapi hanya ada letupan mercun bila gol. Agaknya kalau Malaysia jadi tuan rumah Piala Dunia apa agaknya akan ditiup? Mungkin guna mercun? Tak mungkin... Mungkin kita guna kompang atau trompet dari dau kelapa.. Apa apa pun saya terhibur dengan keputusan 4-2... Mungkin ini perlawanan terakhir yang saya dapat saksikan untuk tahun ini kerana liga hampir berakhir. Apa pun peminat bolasepak akan dapat melepas rindu tidak lama lagi kerana English Premier League akan bermula semula musim 2010/2011 pada bulan Ogos ini.



*** Liverpool tetap pasukan pilihan

Tuesday, June 8, 2010

Bercuti
















Kami di Sarawak bercuti awal. Ini kerana perayaan Gawai disambut seminggu sebelum cuti sekolah. Maka sekolah di Sarawak bercuti 3 minggu. memandangkan cuti yang agak panjang kami ambil peluang bercuti ke Semenanjung. Anak-anak sangat gembira maklumlah dapat berjalan-jalan. Kami sempat pergi ke Genting Highland, Tiara Beach resort PD, KL, Melaka. Sesekali perlu kita membawa keluarga bercuti agar tenang fikiran dan paling penting kita menghargai bahawa apabila kita balik ke rumah kita..ianya adalah tempat yang paling selesa lebih selesa dari tinggal di hotel.




** Home sweet home



Ringkas dan tepat

Kadangkala kita terfikir alangkah baiknya cakap sedikit dari bercakap banyak. Ini kerana banyak bercakap akan membuatkan kita tersalah cakap atau boleh menyebabkan tersinggung perasaan. Adakalanya kita perlu bercakap banyak untuk memberi penerangan atau membantu seseorang.
Teringat saya kisah guru dan pelajar-pelajarnya. Seorang guru meletakkan sebuah kotak dan meminta pelajar-pelajarnya menulis bagaimana cara untuk menghilangkan kotak tersebut. Pelabagai jawapan yang diterima. Ada yang masuk akal dan ada yang hanya khayalan seperti kotak diambil alien dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian guru tersebut ialah satu jawapan..iaitu..Kotak apa?
Ringkas tapi penuh makna. Cuba renung-renungkan jawapan itu..

** Ringkas tak bererti tak tahu

Tuesday, April 27, 2010

Raptai Konvokesyen ke 18











27 April 2010 telah berlangsung raptai konvokesyen. Seperti biasa saya bertugas sebagai JK Upacara. Majlis ini diadakan di Stadium Perpaduan Sarawak.
Seramai 1040 graduan akan hadir. Jumlah semua graduan sebenar adalah 1300++ ada yang tak dapat hadir mungkin sibuk. Majlis kali ini akan disempurnakan oleh dua orang buat pertama kalinya iaitu Menteri penuh dan menteri muda. Semoga majlis ini akan berjalan lancar.

Monday, April 19, 2010

Hari Politeknik




Hujung minggu lepas telah diadakan sambutan Hari Politeknik. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Saya cuma terlibat sebagai juri bagi pertandingan AUTOCAD pelajar. Apa yang boleh saya bantu adalah memberi markah ke atas lukisan yang telah disapkan oleh pelajar. Namun setakat ini sejauhmana Hari Politeknik membawa makna kepada warganya kenalah sama-sama warganya fikirkan