Saturday, January 15, 2011

Kehadiran yang dinanti


7 Januari yang lalu mak dan Mahathir telah datang ke Kuching. Tak banyak tempat yang mereka telah pergi. Kehadiran mereka amat dinantikan terutama oleh anak-anak saya. Cuaca tak berapa baik di Kuching. Ada kalanya hujan.... Mak dapatlah bermesra dengan cucu-cucunya. Kami jarang dapat balik ke kampung, maklumlah jauh dan bukan boleh naik kereta sahaja untuk balik kampung. Besar belanja untuk balik kampung. Dikesempatan kali ini kami telah membawa mereka ke Pasir Pandak untuk melihat keindahan pantai. Mereka sepatutnya pulang pada hari Selasa 11 Januari tetapi pada hari tersebut Lapangan Terbang kerana ada pesawat Air Asia tergelincir. Penerbangan mereka ditunda pada hari Khamis 13 Januari 2011. Memang susah kalau ini berlaku kerana tiada alternatif lain. Begitulah susahnya kalau tambang kapalterbang naik...suka atau tidak terpaksalah dibayar kerana tiada pilihan lain.

Monday, December 27, 2010

Happy 7 th Birthday Jazmina




27 Disember adalah merupakan tarikh lahir baby Jazmina. Baby bertuah kerana hari jadinya disambut setiap kali pada cuti sekolah. Seronok baby dapat tiup lilin dan potong kek. Semoga baby akan berjaya dalam pelajaran dan hidupnya.


** 28 Disember adalah birthday arwah nek maknya

Wednesday, November 24, 2010

Happy 10th birthday Dina


Tanggal 24 November adalah tarikh lahir anak sulung saya iaitu Irdina Nazirah. Semoga beliau akan dianugerahkan dengan terang hati dan kecerdikan untuk menuntut ilmu. Ibu bapa mana yang tak mahu anak-anaknya berjaya. Hari jadi ini merupakan hari jadi ke 10 nya.

Monday, November 8, 2010

Ulangtahun perkahwinan ke 11

Oleh kerana terlalu sibuk dengan kes kemalangan yang berlaku kami hampir lupa tanggal 7 November iaitu ulangtahun perkahwinan. Bersyukur kepada tuhan kerana hidup kami sentiasa aman dan bahagia. Semoga ianya berterusan.

Saturday, November 6, 2010

Terkorban







Tanggal 3 November 2010 (Rabu) merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan di mana saya telah terlibat dengan satu kemalangan. Apa yang menyedihkan remaja yang telah melanggar saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 November 2010 (Jumaat) jam 2.30 petang. Peristiwa ini akan terus terpahat dalam memori saya. Peristiwa ini juga diharap akan menjadi pengajaran kepada semua ibubapa yang ada anak remaja yang belum mempunyai lesen memandu agar tidak membenarkan anak mereka menunggang motorsikal. Remaja yang terbunuh hanya baru berumur 14 tahun bersekolah di tingkatan 2. Perginya tak akan kembali


** Arwah ayah pernah berpesan kalau tak ada lesen jangan mengada ngada nak naik motorsikal

Thursday, October 14, 2010

13 Oktober







13 Oktober yang lalu genaplah saya 38 tahun. Kali ini saya menyambut hari lahir saya dengan keadaan tidak berapa sihat. Menghidap demam selsema. Namun saya rasa gembira kerana dapat menyambutnya bersama isteri dan anak-anak. Selain itu tahun ini juga saya menyambut hari lahir bersama rakan fb di talian. Terima kasih kepada semua kerana mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Terima kasih tak terhingga kepada isteri tercinta yang meraikan hari lahir saya di Japenese buffet di hotel di Kuching. Enak makanannya sudah tentu sushi menjadi pilihannya. Hilang sebentar rasa tidak sihat melihat makanan Jepun. Ikan salmon dan Unagi juga ada. Mula-mula dahulu tidak biasa, sekarang bolehlah juga layan.



** tak pandai makan dengan wasabi

Wednesday, October 6, 2010

Setahun

26 September yang lalu setahun sudah saya ber blog... Sejak akhir ini agak sukar nak cari masa untuk menulis. Agak sibuk. Maklumlah dah hampir hujung semester. Tambahan pula di hujung minggu ada kelas di OUM. Semester in saya diminta menjadi tutor bagi modul Production Technology, Teaching method in TVE dan Measurement & Evaluation in TVE. Agak penat jugak 6 jam itulah rezeki dari tuhan. Bersyukurlah kepadanya. Amin. Apapun diharapkan agar saya tidak berhenti menulis. Kalau ada kesempatan insyalah saya akan menulis.