Pada tahun ini 2012 iaitu pada tanggal 7 November 2012 merupakan Ulangtahun perkahwinan ke 13 dan pertama kalinya menyambut tanpa isteri disisi. Tiada sambutan cuma ingatan yang dikejauhan.
Hadiah yang bermakna muncul jua pada keesokan harinya iaitu pada 8 November 2012 permohonan perpindahan telah diluluskan. Efektif 1 Disember 2012 saya ditempatkan di Kolej Komuniti Cawangan Betong. Surat perpindahan belum terima tetapi status on line telah diterima. Macam Facebook pulak ada status. Apa pun syukur kerana dapat pindah bersama semula bersama ahli keluarga.
Saturday, November 10, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Aidilfitri 2012
Tahun genap 2012 merupakan giliran saya berhari raya di sebelah isteri. Tahun ini ada sedikit kelainan di mana jikalau dahulu dua atau tiga hari sebelum raya kami akan berkereta selama 8 jam ke Bintulu. Tahun ini kami bermula pada hari raya pertama dengan seawal pukul 6 pagi dari Betong ke Sibu (170 km) tiba di Sibu pukul 7.40 pagi dan terus sembahyang sunat Aidilfitri di masid jamek Sibu. Pada petang hari raya kedua kami sekeluarga bersama bapa mertua telah pergi ke Bintulu (220 km) ambil masa 3 jam memandu. Sesungguhnya memandu di Sarawak tidak seselesa seperti di Semenanjung Malaysia. Kami akan beraya di Bintulu sehingga hari Khamis dan pulang ke Betong, yang mana perjalanannya akan mengambil masa 5 jam lebih. Hari Jumaat pula kami akan ke Kuching (260 km) mengambil masa 3 jam setengah. Mungkin beraya ke rumah sanak saudara dan kawan-kawan.
Diharapkan keluarga di Segamat gembira di tahun ini. Tidak lupa ayahanda yang telah tiada doa sahaja yang dapat diberikan.
Saturday, June 2, 2012
Cuti sekolah
Cuti sekolah telah bermula. Memandangkan saya masih di Kuching belum dapat pindah maka anak-anak telah datang ke Kuching untuk bercuti. Al maklumlah di Bentong tidak seperti di Kuching yang lengkap dengan perkara yang diminati oleh anak-anak. Berita yang paling perit diterima adalah permohonan saya untuk berpindah gagal. Nampak gayanya hanya dapat memohon Oktober 2012 yang tarikh pindah Disember 2012. Terseksa nampak gayanya berpuasa seorang diri tahun ni. Tak tahulah... mesti ada hikmah disebaliknya.
Anak-anak sungguh gembira datang ke Kuching dan meminta bermacam-macam benda. Seronok mereka bila saya belikan Galaxy Tab. Harap cuti sekolah ini dapat menggembirakan mereka.
Monday, April 23, 2012
Kreativiti
Pada minggu lepas satu pembentangan projek akhir pelajar telah diadakan. Kali ini ada sedikit kelainan. Biasanya projek pelajar hanya berkisar kepada pembinaan mesin. Kali ini ada kajian berkaitan penggunaan kentang sebagai punca pembekal tenaga..telefon bimbit pun boleh dicas.
Ikan Lais
Kadangkala saya sendiri tertanya tanya adakah ikan di Sarawak ini sama atau tidak dengan di Segamat. Pada minggu lepas saya telah pergi ke Sibu untuk berjalan-jalan. Seperti biasa pada sebelah pagi kami akan ke Pasar Besar Sibu. Di pasar saya telah bertemu ikan sungai yang amat diminati oleh saya. Rupa-rupaya ikan baung dan ikan lais ada di Sibu dan namanya juga sama. Kalau mak ada sudah tentu dia pun seronok.
Monday, February 6, 2012
Damai Sentral
Kita biasa dengar KL Sentral. KL Sentral merupakan pusat perkhidmatan rel yang terletak di Kuala Lumpur. Baru-baru ini kami telah berjalan-jalan ke Damai Sentral. Ianya terletak di Damai, Santubong berdekatan dengan Taman Budaya Sarawak dan berhampiran dengan Gunung Santubong...boleh kata di kaki Gunung Santubong. Ia merupakan tarikan baru untuk pelancongan. Apa yang menarik di sini ada replika burung seperti yang dapat dilihat di Pulau Langkawi. Di Damai Sentral kita dapat melihat pemandangan laut dan juga gunung. Indah bumi ciptaan ALLAH. Terdapat satu lagi lokasi baru yang dibuka baru-baru ini iaitu Kuching Sentral yang mana ianya merupakan pusat Bas Ekspress antara bandar yang mana ianya juga dilengkapi dengan supermarket, tempat makan dan ianya juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Subscribe to:
Posts (Atom)

