Tuesday, June 28, 2016
Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Miri
Pada 17 Jun 2016 satu majlis
MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR & MAJLIS BERBUKA PUASA telah diadakan di Kolej Komuniti Miri. Majlis ini telah dihadiri oleh pelajar, staf dan ahli keluarga staf. Tujuan utama majlis ini adalah untuk merapatkan tali silaturahim di antara semua keluarga Kolej Komuniti Miri. Diharapkan program ini memberikan manafaat kepada semua.
Thursday, May 26, 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri Bil 1 Tahun 2016
Pada 25 Mei 2016 yang lalu satu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri Bilangan 1 Tahun 2016 telah diadakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh ADUN N75 Senadin yang juga merupakan Menteri Muda Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan dan Menteri Muda Pelancongan Sarawak juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh Residen Miri, Encik Antonio Kathi Galis. Mesyuarat membincangkan perjalanan Kolej Komuniti Miri secara keseluruhannya. Semoga dengan adanya mesyuarat ini pengurusan Kolej Komuniti Miri akan lebih mantap.
Tuesday, May 3, 2016
MAJLIS PELANCARAN INDUSTRY LED PROFESIONAL CERTIFICATE (IPC) & PROGRAM KOLEJ KOMUNITI BA ATIKU 2016
Tarikh :
30 April 2016 (Sabtu)
Tempat :
Pusat Komuniti Kampung Tudan Fasa 4
& 5 Lutong, MIRI
Tetamu terhormat: Y.Bhg. DATUK DR LEE KIM SHIN,
MENTERI MUDA PERHUBUNGAN
DAN MENTERI MUDA SUKAN SARAWAK MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ
KOMUNITI MIRI.
Pada 30 April
2016 bertempat di Pusat Komuniti Kampung
Tudan Fasa 4 & 5 Lutong, MIRI telah berlangsung Majlis Pelancaran Industry LED Profesional Certificate (IPC) &
Program Kolej Komuniti Ba Atiku. Program ini adalah anjuran Kolej Komuniti
Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N. 75 Senadin & JKK Kampung
Tudan Fasa 4 & 5, Lutong, MIRI.
Pengisian
program ini adalah di antaranya Program CSR oleh pelajar Kolej Komuniti Miri
mengemas dan mencuci Pusat Komuniti Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong,
pelaksanaan kursus-kursus pendek kepada komuniti setempat dan pertandingan
mewarna bagi kanak-kanak tadik Kemas. Selama 2 hari kursus-kursus pendek telah
dilaksanakan iaitu pada 29 & 30 April, di antara kursus-kursus pendek itu
ialah penanaman cendawan, pembuatan pizza, jahitan manik dan pembuatan mee
kuning. Seramai lebih 200 orang peserta telah terlibat.
Program telah
dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Dr Lee Kim Shin. Turut hadir pada program
tersebut ialah Dato’ Amir Md Noor,
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan Dato’ Mohamad Madani
Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Institute (MAI). Satu kolaborasi
persefahaman telah dijalinkan di antara Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan
Malaysia Automotive Institute (MAI). Di samping itu 5 orang pelajar Kolej
Komuniti Miri Sarawak telah terpilih untuk menerima sijil Penyertaan New Entrepreneur
Development Programme Fasa 1. New Entrepreneur Development Programme Fasa 1
merupakan satu program untuk melahirkan usahawan bumiputra yang bergiat di
dalam bidang automotif. Program ini telah memberi banyak manafaat kepada
komuniti setempat dan pelajar Kolej Komuniti.
Monday, April 4, 2016
Tempat baru
15 Mac 2016 melapor diri ke tempat kerja baru iaitu di Kolej Komuniti Miri. Tempat baru, tugas baru dan tanggungjawab yang lebih mencabar. Semoga mampu menggalasnya. Tugasan pertama adalah kolaborasi bersama Malaysia Automotive Institute (MAI) pada 30 Mac 2016.
Monday, November 30, 2015
Aktiviti PSH November 2015
Tahun 2015 sudah hampir ke penghujungnya. Aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kolej Komuniti Betong diakhiri dengan dua aktiviti iaitu Program PSH di Kg Kalok, Pusa dan kursus Jahitan JTK di Kolej Komuniti Betong.
Pada 7 dan 8 November 2015 telah berlangsung Program
PSH di Kampung Kalok, Pusa. Program ini adalah kerjasama di antara Kolej Komuniti
Betong dan YB Hj. Razaili ADUN N24 Beting Maro. Tujuan utama program ini adalah
untuk memberikan kemahiran kepada penduduk-penduduk Kampung Kalok, Pusa. Di
antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah Pembuatan Produk Soya (28
peserta), Keropok Lekor (28 peserta) dan Pembuatan Simen Ferro (9 peserta).
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YB Hj. Razaili. Program
seperti ini memberi banyak manafaat kepada pesertanya.
Satu kursus jahitan dengan kerjasama Jabatan Tenaga
Kerja Bahagian Betong telah diadakan pada 23 hingga 26 November 2015 di Kolej
Komuniti Betong. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran menjahit
kepada peserta 1 Azam. Antara
kursus-kursus jahitan yang terlibat ialah jahitan Dress Modern, jahitan skirt dan jahitan tudung. Seramai 6 peserta
terlibat di dalam kursus ini yang telah diajar oleh Cik Dayang Zulina Abang
Morni. Para peserta menunjukkan minat dan komitmen tinggi. Diharapkan program
ini dapat membantu peserta-peserta meningkatkan kemahiran dan sekaligus dapat
meningkatkan taraf hidup mereka. Upacara penutupan telah disempurnakan oleh
Pengarah Kolej Komuniti Betong, Encik Carlos Mikon Misin.
Tuesday, November 17, 2015
Kejayaan UPSR 2015
Tanggal 17 November 2015 merupakan tarikh UPSR 2015 diumumkan. Sebagai ibubapa sudah tentu kita berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan anak kita. Alhamdulillah Jazmina Nazurah berjaya mendapat 5A. Sudah tentu hasil usahanya sendiri. Berkat kegigihan membuat banyak latihan dan juga bantuan dari guru-guru di Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong. Teringat pula arwah ayah Haji Aziz yang gembira mendapat keputusan anaknya kini dirasai oleh ku sendiri. Semoga Jazmina Nazurah akan terus menempa kejayaan di masa akan datang. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































