Thursday, February 25, 2010

Eksperimen







Arahan diberi dengan sejelas yang mungkin. Namun begitu begitu kerana terlalu "anxious" sampai arahan sifu tidak dihiraukan. Akhirnya riuh rendah bertanya apa langkah seterusnya. Begitulah tabiat pelajar sama seperti apa yang pernah saya alami dahulu. Persoalannya sekarang adakah pelajar Politeknik sudah bersedia untuk ditransformasikan? Apa pun sudah sampai masanya Politeknik berubah setelah 40 tahun beropersi. Diharapkan proses transformasi ini akan memberi kebaikan kepada semua dan bukan hanya gah pada nama sahaja.


** Teringat lirik lagu Politeknik...Maju Politeknik ayuh maju

Playground
















Minta seringgit. Itu kata baby. Tujuan minta duit adalah untuk main di playground. Walaupun baby tak pandai mengira duit, bila berkaitan dengan apa yang diminatinya apa pun pandai. 50 sen seorang untuk bayaran masuk bermain di playground Boulevard Supermarket. Walaupun tak pandai membeli belah baby dan Dina pandai memilih tempat untuk berjalan-jalan. Selain Boulevard, The Springs juga adalah salah satu destinasi kami sekeluarga bersiar-siar di hujung minggu. Di The Springs kami selalu pergi menuntun wayang di MBO. Tak banyak yang kami sekeluarga boleh lakukan semasa bercuti. Tahun Baru Cina yang lalu menampakkan hiasan yang cantik di The Springs. Selain Tahun Baru Cina, di bulan Februari ini Hari Jadi mak baby (18 Februari) dan Cik Ani baby (28 Februari). Selamat Hari Jadi buat kamu berdua...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.


**

Hari Jadi Kereta pun kena sambut jugak dengan renew cukai jalan

Friday, February 12, 2010

Lelah


Cuaca selalunya menjadi punca dan masalah lelah. Kesian juga melihat baby susah nak bernafas. Selagi batuk tak hilang maka lelah pun tak hilang. Nab sahajalah ubat yang terbaik. Terpaksa pastikan baby tidak sejuk agar dapat kurangkan lelah.

FAC







Pembangunan memang dapat dilihat dan dirasai. Antara yang jelas dilihat ialah jalan yang menghubungkan bandar Kuching dengan FAC (Pusat Pentadbiran Persekutuan) yang terletak di Rambungan. Kami yang bertugas di Politeknik berpeluang menggunakan jalan raya tersebut suatu hari nanti yang mana sangat selesa dan menjimatkan masa perjalanan hampir 10 minit. Rambungan merupakan pusat pentadbiran persekutuan yang akan menggantikan Simpang Tiga. Ia akan menjadi pusat pentadbiran yang mirip Putrajaya yang akan terletak di Petrajaya yang juga akan menjadi pusat pentadbiran pelancongan yang cantik. Jalan raya penghubungnya hampir siap. Harap-harap Politeknik Kuching tidak lagi terpencil, jauh dari bandar hampir 30 km. Persoalannya bila FAC itu akan dapat dilihat? Sama-sama kita tunggu.



** 20 tahun Politeknik Kuching beroperasi penuh dengan pembangunan

Tuesday, February 2, 2010

Makanan Jepun







Sekali sekala kami sekeluarga berubah selera. Hujung minggu lalu kami sekeluarga menjamu selera di Japanese Buffet, Riverside Majestic Hotel. Sushi sudah tentu menjadi tarikan utama. Juga tak lupa unagi (eel panggang) dan sebagainya. Memang sukar nak diterima kita orang Melayu makanan Jepun. Apa yang penting ialah mencuba. Di Malaysia masih banyak makanan yang belum saya cuba.
** Umai juga macam makanan Jepun

Thursday, January 21, 2010

Buah tangan





























Tidak lengkap rasanya kalau pergi ke Kuching kalau tidak membeli kek lapis dan ikan terubok masin. Maka kami telah pergi ke kedai menjual kek lapis dan kemudian ke pasar untuk mencari ikan terubuk masin. Sambil itu sempat juga kami ke Pengkalan Sapi, Taman Orkid dan melihat Dewan Undangan Negerio Sarawak. Semasa si kedai kek lapis sempat juga mak merasa pelbagai jenis kek lapis dan juga ada membeli tebaloi. Mak juga sempat pergi ke Indian Street dan Wisma Hopoh. Nasib baik cuaca agak baik yang membolehkan kami berjalan-jalan. Di pasar selain membeli ikan terubok sempat juga beli petai.








** Teringat kat arwah ayah yang dulu ingin sangat ke Kuching

Sunday, January 17, 2010

Serikin






















Pada mulanya agak bimbang untuk ke Serikin maklumlah dikatakan bahawa berlaku banjir di sana. Hujan pada hari sebelumnya menguatkan lagi kebimbangan tersebut. Tetapi memandangkan Mak dan Mahathir datang dari jauh kami bertekad juga untuk ke sana. Ternyata kebimbangan kami tidak membawa asas walaupun berita radio ada mewawarkannya. Keadaan adalah sebaliknya, hari agak terang dan panas dan tiada tanda-tanda banjir.








Boleh dikatakan tidak lengkap lawatan ke Kuching sekiranya tidak singgah ke pekan Serikin. Perjalanan dari bandaraya Kuching ke pekan Serikin di Bau mengambil masa 1 jam. Pekan Bau yang dahulunya terkenal dengan lombong emas semasa saya belajar Geografi, kini adalah tempat para peniaga dari Indonesia berniaga. Barangan seperti kain-kain, kain tudung, jaket koperat, langsir, peralatan dapur, barangan perhiasan dan lain-lain boleh didapati di sini.




Selepas selesai membel;i belah di pekan Serikin kami singgah sebentar di Gua Angin yang tak berapa jauh dari situ. Pada malam kami cuma ronda-ronda di sekitar bandar Kuching maklumlah hari hujan.






** Bandaraya Kuching terkenal dengan kebersihannya