Friday, April 15, 2011

Mengundi


Tidaklah terlalu awal. Lebih kurang jam 9 pagi saya keluar untuk mengundi. Keadaan tenang saya mengambil masa 10 minit dah balik rumah. Maka tertunailah tanggungjawab saya. Selebihnya terserah pada pengundi lain. Berubah... kata pembangkang...ingatkan masa depan anak anak kita kata BN. Lu pikirlah sendiri... Apa apa pun tunggu sajalah malam ni...


** Bukan kali pertama mengundi di Sarawak

Saturday, April 9, 2011

Kembali....

6 April 2011 adalah tarikh penamaan calon. Pada tarikh ini juga saya membuka e-sis yang membawa berita gembira di mana Permohonan untuk pemangkuan DH44 telah berjaya. Saya akan kembali semula ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai Ketua Program Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Setelah setahun lebih saya ditukarkan ke Jabatan Matematik, Sains & Komputer akhirnya saya kembali ke jabatan lama. Tarikh lapor diri adalah pada 11 April 2011. Alhamdulillah setelah hampir 13 tahun bekerja dpt juga akhirnya.

Kempen


Keadaan di Kuching agak tenang. Tidak hebat sangat dengan poster. Macam biasa seperti pilihanraya yang lalu. Ada lambang roket, dacing, bungaraya.... Kami sekeluarga ronda ronda melihat poster yang digantung. Masih ada seminggu untuk tempoh berkempen. Persoalannya adakah upset akan berlaku... Kita tunggu 16 April macamana "outcome" nya...

Friday, April 8, 2011

Udang galah




Dina amat suka akan udang galah. Kalau balik Segamat sudah tentu RZ tumpuannya. Ada gulai ikan baung, udang galah masak sos. Saya telah membeli udang galah dan hasilnya ...kenyang.

Sejiwa Senada



Kerajaan berusaha untuk mendekatkan diri untuk membantu rakyat dengan pelbagai cara. Salah satu cara adalah dengan mengadakan program Sejiwa Senada yang mana dikumpulkan jabatan kerajaan untuk mengadakan pameran dan mengumpul maklumbalas. Kami sekeluarga telah keluar awal semata-mata untuk mengelakkan kesesakan. Program yang dianjurkan oleh DBKU ini dijalankan selepas anjuran MBKS. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang meninjau dari satu pameran ke satu pameran. Tumpuan kami ke pameran Politeknik Kuching Sarawak dan Jabatan Pengaiaran & Saliran Sarawak. Maklumlah ianya adalah organisasi "favourite" kami. Bak kata Jazmina "ofis mak ayah". Paling menariok perhatian kami adalah kunci bandaraya Kuching..persoalannya mana gate dan pad lock nya...

Tuesday, March 22, 2011

Lawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik

Hari ini 23 Mac 2011, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar Kehormat Tuan Haji Md Nor telah datang melawat ke Politeknik Kuching. Beliau juga merupakan Ketua Perkhimatan bagi skim DH. Apa yang dinanti-nanti telah diumumkan. Setelah hampir 13 tahun berkhidmat baru kini ada sinarnya. Tak tahulah.. menurut kata beliau mereka yang dinaikkan pangkat dari DH 41 ke DH 44 adalah seramai 1381 orang. Adakah saya antaranya?? Itulah persoalannya. Kalau di sekolah dah lama saya naik pangkat DG 44 (time based). Pelbagai dugaan telah saya lalui. Dengan sesi validasinya, sesi pencerapan mengajar.... tak seperti DG yang lebih mudah. Bak kata orang kalau susah dapat kita lebih menghargai. Sebelum menerima DH kami telah diberitahu akan hebatnya skim DH dimana tidak perlu kekosongan untuk kenaikan pangkat. Dari tahun 2008 saya menanti.... kalau skim DG tahun 2009 dah dapat dah 44... tapi kini dah 2011 harap sinar itu akan menjelma.

Friday, March 4, 2011

Nasi kandar & Kue Teow


Penang dikenali sebagai Pulau Mutiara. Pada minggu lepas kami sekeluarga telah pergi ke sana untuk kali ke-2. Kali ini saya menemani isteri yang berseminar. Kami tinggal di hotel Vistana. Kali ini kami mengambil kesempatan untuk menikmati Kayu Nasi Kandar yang terletak bersebelahan hotel kami. Selain itu kami juga menikmati kue teow Sany. Selain dari itu kami mengambil kesempatan pergi ke Butterfly farm dam mengelilingi pulau. Kami menyewa kereta untuk memudahkan pergerakan. Dua malam di Penang malam ketiga kami ke Kuala Lumpur. Anak-anak mahu pergi ke Berjaya Theme Park. Mereka berseronok di sana.