Tuesday, September 27, 2011
Bengkel penyediaan dokumen MQA02
Bila menyebut tentang MQA sudah tentu sesuatu yang menuntut kepada kesabaran. Pelabagai dokumen perlu disediakan dan akan melibatkan audit pematuhan. Itu semua akan berlaku 2012. Kali ini saya menghadiri satu bengkel yang agak berat tajuknya. Bengkel ini diadakan di Primula Beach Resort Kuala Terengganu. Dapat juga bertemu dengan rakan-rakan lama. Banyak input yang diperolehi dan banyak juga tugas-tugas tambahan yang perlu dilaksanakan. Ini semuanya untuk memastikan Program yang ditawarkan mendapat akreditasi oleh MQA. Saya bertanggungjawab ke atas program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Berat juga tanggungjawab dipikul semoga dipermudahkan oleh Allah.
Friday, September 23, 2011
Sungai Petani
Pada minggu ini saya telah menghadiri mesyuarat anjuran Politeknik Seberang Perai. Apa yang menarik mesyuarat ini diadakan di Park Avenue hotel Sungai Petani, Kedah. Kenapa menarik? Menyeramkan adalah... Berlaku satu pembunuhan seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Mangsa diikat tangannya dan ditembak. Seram sejuk juga tinggal di hotel tersebut. Kejadian hanya diketahui pada pagi Selasa, saya check in pukul 11 malam hari Isnin. Apa pun segalanya ok. Saya telah check out awal pagi hari Jumaat jam 6 sebab nak kejar flight Alor Setar-KL jam 8.30 pagi. Menarik juga mesyuarat kali ini dapat jumpa kawan lama. Walaupun tak berkesempayan untuk berjalan-jalan puas hati kerana dah sampai Alor Setar dan Sungai Petani. Dapat pergi rumah kawan lama Che Ghani di Sungai Petani. Sampai di LCCT saya terus pergi ke Putrajaya jumpa kawan baik org kata bff... jumpa kerana kawan, Shah Nazim akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini. Flight beliau dijangka pada 2 Oktober...semoga beliau dan isteri dipermudahkan segala urusan. Amin... Lepas tu apa lagi ambik bas Cepat Ekspress ke Segamat. Tak balik Kuching kerana next week ada bengkel penyediaan dokumen MQA2 di Primula Resort Kuala Terengganu 26-29 September 2011.
Monday, August 22, 2011
Projek pelajar
Hari ini adalah hari pembentangan projek akhir pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Pembentangan ini adalah untuk 50% progress. Saya sebagai Ketua Program melihat pembentangan pelajar agak terlalu bersederhana dan tiada satu pun yang boleh memberi impak yang besar. Ada di antara projek tersebut yang tak sampai pun 50% progress. Dari segi "finishing" amat tidak memuaskan, mutu kimpalannya tidak mencerminkan pelajar semester akhir. Bukan mudah untuk mencipta kalau sekadar mempunyai idea.
Perkara yang paling penting kita fokuskan ialah CIPP.
C-Content
I-Input
P-Process
P-Product
Maka kita perlu mengodam maklumat serta pengetahuan barulah kita boleh menghasilkan produk yang baik.
Setiap kenyataan perlu disandarkan kepada sesuatu sebagi contoh masalah kajian ikan dijemur memerlukan masa mungkin 1 atau 2 hari..... sunny day...suhu 26-30 darjah celsius sedangkan suhu bilik sahaja sudah 27 darjah celcius. Maka setiap fakta perlu bersandarkan kepada sumebr mana.
*** Rakyat Malaysia pengguna yang baik tapi adakah kita juga pencipta yang baik??
Sunday, August 21, 2011
Serikin
Pada hari Sabtu yang lepas saya dan isteri awal pagi telah bertolak ke Serikin. Seperti biasa kami pergi awal supaya tidak terlalu panas semasa berjalan nanti. Kami sampai Serikin pada pukul 8.30 pagi. Agak ramai juga pengunjung walaupun di bulan Ramadan. Tujuan utama adalah untuk membeli telekung, kain pelikat, alas meja/runner, bekas kuih muih. Puas menawar harga dengan peniaga yang rata-rata datang dari Indonesia. Hampir pukul 12 barulah kami pulang. Sudah agak panas masa tu. Penat juga berjalan tapi berbaloi juga kalau kain pelikat cap Gajah Duduk dapat RM15 sehelai..kalau dibeli di bandar sudah tentu RM20+++. Telekung juga cantik berbaloi dengan harganya. Begitu juga dengan alas meja cuma RM 10 sahaja. Bagi mereka yang berminat, jaket BOSS cuma RM 48 jika kita beli di bandar sudah tentu mencecah RM100. Serikin merupakan tumpuan mereka yang datang dari Semenanjung.
*** Jarang ke Serikin setahun 2 kali pun susah
Tuesday, August 16, 2011
Bonus
Aidilfitri tahun ini kelihatan lebih meriah dengan adanya pengumuman bonus oleh PM kita. Bonus pun dah masuk, apa yang pentingnya ialah bagaimana kita membelanjakannya. Sudah tentu yang kita utamakan ialah pakaian baru untuk anak-anak dan juga menyediakan kuih muih dan juga hidangan yang akan kita hidangkan kepada tetamu kita nanti. Bagi mereka yang pulang jauh ke kampung seperti saya sudah tentulah belanja lebih diperlukan untuk perjalanan pulang nanti.
Juga jangan lupa tanggungjawab sisuami untuk menunaikan zakat fitrah. Itu perkara yang mesti dilaksanakan. Di corong radio kerap mengingatkan kita agar jangan lupa membayar zakat fitrah awal. Maka dengan adanya bonus ini bolehlah kita menunaikan zakat fitrah agar mereka yang memerlukan akan dapat merasa juga. Jadi sama-samalah kita beringat dalam membelanjakan bonus yang telah diberikan.
**** Teringin nak dapat bonus 2 bulan gaji

Monday, August 15, 2011
Waran udara pulang ke wilayah asal
Bagi mereka yang bertugas di Sabah dan Sarawak diberi kemudahan tambang pulang ke wilayah asal setiap tahun. Sebelum ini kemudahan tersebut 2 tahun sekali. Apa yang menjadi igauannya ialah apabila dikatakan bahawa budget tambang di bawah "head" yang sama dengan bayaran bonus. Hari ini sudah 16 Ogos 2011, bermakna tinggal 12 hari sebelum cadangan pulang ke wilayah asal namun belum ada khabar berita berkenaan waran tersebut. Borang telah diisi bulan Mac yang lepas. Apabila ditanya peruntukkan dah habis kena tunggu peruntukkan baru. Tiba peruntukkan kena bayar bonus pulak. Sepatutnya pihak pengurusan memaklumkan awal akan tiadanya budget agar dapat diusahakan untuk membeli tiket tambang murah. Pada masa ini semua yang murah telah mahal. Tak berbaloi untuk dibeli. Apa kesudahannya ... Adakah mereka yang menguruskannya tak layak kerana anak tempatan membuatkan kami yang berhak merana...satu isu yang agak sensitif. Anak pula asyik bertanya bila nak pegi rumah atok mak? Nampaknya terpaksalah saya mohon penjelasan mereka yang bertanggungjawab esok. Kalau waran ada...persoalannya masih adakah tiket??? Laluan MAS pula tak ada ke JB....terpaksa transit ke KL dulu...bahana wujudnya firefly...mengambil alih laluan MAS.
Apapun semoga ada waran ...kalau tidak terpaksa ke plan B. Raya di Bintulu atau Sibu gamaknya...
*** Terima kasih Pak Lah bagi tiket sekali setahun
Apapun semoga ada waran ...kalau tidak terpaksa ke plan B. Raya di Bintulu atau Sibu gamaknya...
*** Terima kasih Pak Lah bagi tiket sekali setahun
Wednesday, August 3, 2011
Info Ramadhan
Sejarah Ramadhan
1) Ramadan: ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhaan)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Dipilih untuk ibadat puasa.
7) Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhaan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi /buka peluang perbanyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhann
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhaan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamullail walaupun pendek
10) Sahur di akhir waktu
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi unsur naikkan nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Qursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalzalah
- Baca surah Al Kaafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran - Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan-amalan yg baik
Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhaan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka
Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya digali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhaan yang akan datang.
Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyak ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll).
[Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".]
InsyaAllah cuba amalkan.
Wallaahua'llam.

Subscribe to:
Posts (Atom)