Saturday, June 2, 2012

Cuti sekolah



Cuti sekolah telah bermula. Memandangkan saya masih di Kuching belum dapat pindah maka anak-anak telah datang ke Kuching untuk bercuti. Al maklumlah di Bentong tidak seperti di Kuching yang lengkap dengan perkara yang diminati oleh anak-anak. Berita yang paling perit diterima adalah permohonan saya untuk berpindah gagal. Nampak gayanya hanya dapat memohon Oktober 2012 yang tarikh pindah Disember 2012. Terseksa nampak gayanya berpuasa seorang diri tahun ni. Tak tahulah... mesti ada hikmah disebaliknya.
Anak-anak sungguh gembira datang ke Kuching dan meminta bermacam-macam benda. Seronok mereka bila saya belikan Galaxy Tab. Harap cuti sekolah ini dapat menggembirakan mereka.

Monday, April 23, 2012

Santai

Semenjak kami berpindah ke Betong pelbagai tempat menarik yang telah kami pergi.

Kreativiti

Pada minggu lepas satu pembentangan projek akhir pelajar telah diadakan. Kali ini ada sedikit kelainan. Biasanya projek pelajar hanya berkisar kepada pembinaan mesin. Kali ini ada kajian berkaitan penggunaan kentang sebagai punca pembekal tenaga..telefon bimbit pun boleh dicas.

Ikan Lais


Kadangkala saya sendiri tertanya tanya adakah ikan di Sarawak ini sama atau tidak dengan di Segamat. Pada minggu lepas saya telah pergi ke Sibu untuk berjalan-jalan. Seperti biasa pada sebelah pagi kami akan ke Pasar Besar Sibu. Di pasar saya telah bertemu ikan sungai yang amat diminati oleh saya. Rupa-rupaya ikan baung dan ikan lais ada di Sibu dan namanya juga sama. Kalau mak ada sudah tentu dia pun seronok.

Monday, February 6, 2012

Damai Sentral











































Kita biasa dengar KL Sentral. KL Sentral merupakan pusat perkhidmatan rel yang terletak di Kuala Lumpur. Baru-baru ini kami telah berjalan-jalan ke Damai Sentral. Ianya terletak di Damai, Santubong berdekatan dengan Taman Budaya Sarawak dan berhampiran dengan Gunung Santubong...boleh kata di kaki Gunung Santubong. Ia merupakan tarikan baru untuk pelancongan. Apa yang menarik di sini ada replika burung seperti yang dapat dilihat di Pulau Langkawi. Di Damai Sentral kita dapat melihat pemandangan laut dan juga gunung. Indah bumi ciptaan ALLAH. Terdapat satu lagi lokasi baru yang dibuka baru-baru ini iaitu Kuching Sentral yang mana ianya merupakan pusat Bas Ekspress antara bandar yang mana ianya juga dilengkapi dengan supermarket, tempat makan dan ianya juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Friday, December 23, 2011

Cuti sekolah 2011

Pada cuti sekolah kali ini kami sekeluarga telah pergi ke Singapura, Melaka dan Kuala Lumpur. Pada 7 Disember kami sekeluarga telah bertolak dari Kuching Ke Johor Bahru. Kami telah bermalam di rumah Azlan di Taman Universiti. Pada keesokan harinya kami sekeluarga bertolak ke Pulau Sentosa untuk menikmati keindahan di Universal Studio. Kami bermalam di Festive Hotel selama semalam. Pada 9 Disember kami telah bergerak ke Orchard Road. Kami menginap di Royal Plaza on Scotts selama dua malam. Puas kami sekeluarga bersiar-siar di Singapura seperti ke Marina Bay, Merlion dan sebagainya.

Lepak di Jewel cabel car station
Suasana malam di sekitar Orchard Road sangat indah kerana sambutan Krismas yang semakin hampir tiba. Saya sempat juga menonton wayang di Shaw Cinema. 
Suasana malam yang indah dengan lamu yang berwarna-warni


Selepas 3 malam kami di Singapura kami telah balik semula ke Johor Bahru. Pada 12 Disember kami telah pergi Melaka. Kami telah pergi ke Umbai pada hari pertama dan bermalam di King Hotel Ayer Keroh dan pada 13 Disember kami telah bermalam di A Famosa Resort.

Di Pantai Desaru


Jambatan ke Desaru

Berseronok di A Famosa
Sabar menunggu hidangan di samping piala....

Selepas bemalam di Melaka kami bergerak balik ke Johor Bahru dan sempat singgah di Desaru. Kami bermalam di Johor Bahru dan pada 14 Disember kami telah terbang ke KL dari Senaai Di KL kami bermalam di Seri Pacific Hotel PWTC KL dua malam. Pada 16 Disember kam balik semula ke Kuching. Anak saya bergembira kerana kali pertama menaiki pesawat besar dengan seat 2-4-2 Airbus. Dapat ais krim Magnum pecuma lagi. Sungguh seronok.

Sunday, October 30, 2011

Logos Hope































Logos Hope merupakan sebuah kapal yang membawa buku untuk dijual dan juga untuk tujuan amal. Kapal ini membawa sukarelawan yang datang dari pelbagai negara. Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk melawat kapal ini. Kami sempat membeli buku yang sangat murah dimana keseluruhan harganya adalah melebihi RM500 tapi kami cuma membayar RM132 sahaja. Buku hard cover yang sudah tentunya melebihi RM100 sebuah. 5 hard cover books dan 3 kulit biasa. Berbaloi.