Wednesday, September 30, 2009

Rumah terbuka 1 Malaysia




Sudah menjadi kebiasaan rumah terbuka dibuat semasa perayaan. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka. Seperti biasa rumah terbuka dibuat untuk menjamu saudara mara sahabat handai. Hidangan tradisional seperti rendang daging, soto, ketupat pulut, satay goreng dan lain-lain dihidangkan buat tetamu. Tetamu datang seawal jam 12. Memang tak menang tangan dibuatnya, silih berganti tetamu yang datang. Apa yang menyeronokkan ialah kita dapat beramah mesra dengan tetamu. Antara tetamu yang hadir adalah Ong peminat setia Manchester United, nampaknya tak ada batasan dalam beraya datang juga ke rumah peminat Liverpool. Kuih muih juga tak ketinggalan. Di Sarawak kalau kuih tu adalah kek lapis tak macam di semenanjung biskut raya. Semoga semangat rumah terbuka ini akan diteruskan bagi menambah semangat muhibbah...1 Malaysia.




** Hati parek kek yang boleh tahan setahun. Mun sik cerik rugi ( kalau tak rasa rugi)

2 comments:

  1. Biasa tiap2 tahun aku x dpt dtg rumah terbuka ko... sebab balik kampung... walau bagaimana pun aku tetap dtg rumah ko... Anyway... Selamat hari Raya Aidilfitri!
    Maaf Zahir Dan Batin..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambo arwah ayah ko rasa sedih plak... sama ler kita dah tak der ayah... "apa2 pun kita ayah pada keluarga kita" buat la yg terbaik!

    ReplyDelete