Sunday, November 15, 2009

Mini Konvokesyen




Sesuatu kemudahan itu disediakan untuk memudahkan orang ramai menganjurkan sesuatu majlis. Borneo Convention Center adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk membolehkan penganjuran majlis. Anak saya amat bertuah kerana majlis mini konvokesyennya telah diadakan di sana. Seawal jam 7 pagi kami sekeluarga telah berada di sana. Anak saya baby amat teruja untuk berada di sana. Dalam pada itu baby juga pandai nervous, tak tahu macamana hendak naik ke pentas. Bila tiba gilirannya segala berjalan dengan lancar. Baby asyik mengingatkan baris ayat yang perlu diucapkannya iaitu " Terima kasih YB". Semoga ini adalah langkah pertama baby dalam mangapai kejayaannya kelak.




** Tak berpeluang Sekolah Tadika...Dulu suka duduk bawah ketiak mak.

1 comment:

  1. Tahniah untuk baby.Semoga baby dapat menjejaki langkah ayah dan ibunya ke menara gading suatu hari nanti.Salam dari Segamat.

    ReplyDelete