Monday, August 20, 2018

Majlis menandatangani Notes of Understanding (NOU) di antara Kolej Komuniti Miri, KPM dan Technical Engineering Safety Training Solutions PLT (TESTS)

Pada tanggal 20 Ogos 2018  bertempat di Kolej Komuniti Miri, KPM telah berlangsung Majlis menandatangani Notes of Understanding (NOU) di antara Kolej Komuniti Miri, KPM dan Technical Engineering Safety Training Solutions PLT (TESTS).
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Datuk George Ling Kien Sing, Penasihat TESTS, Tuan Haji Abdullah Bahazem, Pengarah Urusan TESTS, En. Suhardi Bin Manjeli Timbalan Pengarah  (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Miri, Encik Julius Dorus Pengarah Gold Seastar Sdn Bhd anak Syarikat Metal Press, Staf TESTS dan Staf Kolej Komuniti Miri.
Semoga dengan termeterai persefahaman ini maka banyak program dan aktiviti pendidikan boleh dilaksanakan.












Tuesday, January 30, 2018

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 Zon Miri



















Pada 27 Januari 2018 telah berlangsung Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 di Miri. Karnival telah diadakan 2 tempat berasingan iaitu Majlis Perasmian di Ballroom Imperial Hotel Miri dan pameran di Permaisuri Imperial Mall Miri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Lee kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak dan turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSUP) Kementerian Pendidikan Tinggi YBhg Dato' Kamel Mohamad. Karnival berlangsung selama 1 hari. Terdapat 30 booth pameran yang ada untuk kunjungan orang ramai. Kolej Komuniti Miri merupakan tuan rumah bagi KPTN 2018 Zon Miri ini. Semoga KPTN Zon Miri ini memberi faedah serta dapat membantu bakal lulusan SPM untuk menentukan IPTA mana yang menjadi pilihan mereka. 

Monday, November 20, 2017

Cabinet Away Day 2017 di Kampung Lereng Bukit, Miri







Pada 20 November 2017 berlangsung satu majlis ringkas melawat rumah yang dibaiki di bawah program CSR Touch Point Cabinet Away Day 2017 bersama YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Semoga program ini memberi manafaat kepada penerimanya...

Friday, July 7, 2017

Aidilfitri 2017

1 Syawal tahun ini disambut di Segamat. Melawat sanak saudara di kampung terutama pak cik dan mak cik. Sudah tentu seronok menyambutnya bersama mak dan adik-beradik. Jauh disudut hati sedih tetap ada mengingatkan ayah yang sudah tiada. Anak-anak semakin membesar dan ini bermakna usia sendiri dah semakin meningkat. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik. Semoga mak terus dikurniakan kesihatan yang baik.





Monday, June 12, 2017

Program Bakti Kolej Komuniti Kepada Komuniti BAKTI@KK 2.0 Tahun 2017

Pada 10 Jun 2017 (Sabtu) telah berlangsung program Bakti Kolej Komuniti kepada Komuniti bagi tahun 2017 yang merupakan kesinambungan program yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuching pada tahun 2016.
Kali ini Kolej Komuniti Miri telah diamanahkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak untuk melaksanakan program BAKTI@KK 2.0. Pelbagai pengisian telah dibuat antaranya Majlis Perasmian program pada jam 10 pagi oleh Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin yang merupakan Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Miri. Dalam majlis ini sumbangan telah disampaikan kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Wilayah Sarawak yang kurang bernasib baik dan juga bantuan kepada ahli komuniti yang kurang berkemampuan. Kolej Komuniti Miri sangat berterima kasih kepada penyumbang program ini seperti Hiz Petro Enterprise, PS Jalan Bintang Miri, Lembaga Tabung Haji dan BSN Kuching. Selepas majlis berkenaan diteruskan dengan acara Ramadhan Tour Memories 2.0 (RTM 2.0) di mana rombongan Van Kolej Komuniti Wilayah Sarawak mengagihkan bantuan ke rumah mereka yang memerlukannya. Kemudian acara rewang bubur lambuk dijalankan dengan kerjasama Masjid Ar-Rayyan Permyjaya. Semoga program ini akan dapat diteruskan pada tahun hadapan. Sikit sama dirasa... yang penting ikhlas.

















 

Tuesday, December 20, 2016

Perhimpunan Hari Keluarga Haji Mohamad 2016





Perhimpunan Hari Keluarga Haji Mohamad bagi tahun 2016 telah diadakan pada 17 Disember 2016. Seperti biasa Hari Keluarga dimulakan dengan pertandingan bowling pada hari Jumaat malam , diikuti dengan pertandingan futsal pada pagi Sabtu dan Majlis Makan Malam pada Sabtu malam. Perhimpunan ini dilaksanakan setiap 2 tahun sekali. Pada tahun ini, perhimpunan ini diadakan di Hotel RH Sibu. Majlis meriah dan dikelolakan oleh keluarga dari Brunei. Tahniah kepada Asfa dari keluarga HUDA memenangi Ten Pin Bowling begitu juga Tetty. Semoga kami dapat berkumpul lagi pada tahun 2018.