Thursday, October 29, 2009

Test


Petang tadi saya menjalankan ujian untuk pelajar Diploma Semester 6 Kejuruteraan Mekanikal. Pening nampak mereka. Apa yang saya sedang fikirkan masa itu ialah mungkin ini kali terakhir saya buat ujian untuk pelajar semester 6 Kejuruteraan Mekanikal. Maklumlah saya dah berpindah jabatan. Hanya masa yang akan menentukannya.


** Ikut hati nak terus mengajar pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Pertahanan


Semasa belanjawan biasanya pertahanan diberi peruntukan yang lebih. Ini bagi memastikan kedaulatan negara terjaga. Tahun 2010 dikatakan peruntukan pertahanan telah dikurangkan. Tetapi apa yang lebih menarik ialah semalam anak saya Baby semasa pulang dari sekolah "makan"nya... berkata "ayah tadi saya naik kereta kebal!". Oh baru saya teringat bahawa semalam ada pameran peralatan tentera berhampiran kantin politeknik. Ramai pelajar sempat bergambar dengan kereta perisai dan senapang M16.


** Dulu pernah masuk kadet tentera di STS pegang M16.

Sunday, October 25, 2009

Syabas Pasukan Merah




Tahniah Liverpool... 2 - 0 Tewas Manchester United... Banitez senyum Sir Alex termangu. Begitulah keputusannya. Bak kata sahabat handai tak menang piala tak apa asal kalah kan MU. Untuk semua penyokong Liverpool semoga gembira dengan keputusan ini. Penyokong MU... jangan bersedih... jumpa di Old Trafford.
** Peminat setia Liverpool sejak dulu lagi ... zaman Ian Rush, John Barnes

Thursday, October 22, 2009

Teruskan Perjuangan

Telah 4 kali kalah adakah ianya akan berterusan?? Liverpool bangkitlah kami setia menyokongmu... Manchester United kau tunggu... Kita kan bertemu...

You'll never walk alone ...

Bandar Sibu







Kalau dilihat sepintas pandang bandar Sibu agak mirip dengan bandar Segamat. Di bandar ini boleh dikatakan kaum Cina agak ramai sama seperti Segamat. Kedudukannya juga hampir sama iaitu ianya berhampiran dengan sungai cuma sungai di Sibu kapal dapat berlabuh. Bandar Sibu sama seperti bandar Kuching mempunyai mercu tanda. Kalau bandar Kuching sudah tentulah kucing manakala Sibu pula angsa. Segamat dah tentulah durian..


** Walau di mana kita berada ianya tetap Malaysia aman dan damai

Dabai


Pelbagai jenis ulam-ulaman yang biasa kita dengar, ada petai, jering, kacang botol dan sebagainya. Kalau kita sebut Sibu, Sarawak ianya terkenal dengan buah dabai (Dabey). Ianya tak boleh dimakan terus dan tak boleh dimasak. Caranya ialah hanya direndam dengan air suam. Kalau guna air panas ianya akan keras. Biasanya ia dimakan dengan kicap atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya lemak-lemak. Kadangkala ianya juga ada yang dijeruk. Ada juga menu nasik goreng dabai dijual di kedai-kedai makan tertentu. Di Kuching nasi goreng juga dipanggil nasi aruk.
** Mula-mula janggal juga merasa buah dabai ni

Saturday, October 17, 2009

Mi Sup Udang Sibu


Setiap kali kami datang ke bandar Sibu kami tidak pernah melepaskan peluang menikmati kelazatan mi sup udang Jinbau. Rasanya yang sedap dihidangkan dalam periuk tanah amat menyelerakan. Anak saya, baby pula menikmati mi kampua. Sambil menikmati mi sup udang sempat saya menjeling keputusan EPL di mana pasukan saya tewas 1-0 kepada Sunderland. Boring juga dibuatnya. Namun selera untuk menikmati mi sup udang tak terbantut. Yang best mi sup udang ni ada udang besar bertapok (menyorok) dalam mi.