Tuesday, February 15, 2011

Bolasepak




Musim baru liga Malaysia 2011 telah bemula. Sarawak masih dikancah divisyen kedua Liga Perdana. Perlawanan pertama Sarawak telah membenam Pulau Pinag 4-0, Saya telah pergi dengan anak-anak untuk melihat perlawanan di antara Sarawak dan Harimau Muda B. Hujan turun tetapi tidak lebat. Keadaan agak sesak kerana perlawanan diadakan di Stadium Negeri yang jauh lebih kecil dari Stadium Sarawak. Pelik mengapa sedemikian. mungkin kerana takut penonton yang hadir tidak ramai. Pada perlawanan tersebut saya kagum dengan keupayaan pemain muda Harimau Muda B yang mendahului jaringan setiap kali... akhirnya keputusan seri 3-3. Cukup mengembirakan kepada penyokong Sarawak. Pada perlawanan ke tiga Sarawak bertemu pasukan Navy di mana Sarawak menang 3-0. Diharapkan pasukan Sarawak akan meneruskan rentak kemenangannya.

No comments:

Post a Comment